Direktori / Pautan / Bantuan / Peta Laman / Lain-lain Bahasa / Daftar
msen
   

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kadar pengguna: 4 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktif
 

” Mewujudkan Bandar Raya Islam yang Berdikari dan sempurna ”

Piagam Pelanggan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam  

MOTTO

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
 

1) KAWALAN BANGUNAN

  • Memastikan pelan bangunan jenis skim dan kompleks perniagaan diluluskan dalam tempoh 50 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pelan bangunan 3 unit dan kebawah (bukan rumah kediaman) diluluskan dalam tempoh 40 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pelan bangunan 3 unit dan kebawah (rumah kediaman) diluluskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan  semua syarat yang telah ditetapkan. 
  • Memastikan pelan tambahan dan pindaan kepada bangunan diluluskan dalam tempoh 40 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang telah ditetapkan.
  • Memastikan pelan permit kecil bangunan diluluskan dalam tempoh 14 hari dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang telah ditetapkan6. Memastikan Sijil Kelayakan Menduduki dikeluarkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat yang telah ditetapkan.
  • Memberi ulasan-ulasan teknikal kepada Jabatan Dalaman Majlis dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat yang diterima.

2) JABATAN UNDANG-UNDANG

  • Menyemak dan menyempurnakan perjanjian penyewaan, pajakan, dan sebagainya (tidak termasuk perjanjian usahasama) dalam tempoh Tiga Puluh (30) hari dari tarikh arahan diterima.
  • Mengurus Notis Tindakan Mahkamah ke atas kompaun-kompaun yang dirujuk dalam tempoh Empat Belas (14) hari.

 3) PENGUATKUASAAN

  • Menerima dan memproses tuntutan ke atas barang sita/rampasan 3 hari selepas tindakan sita/rampasan dibuat.
  • Menyemak setiap pertanyaan kompaun dalam masa 15 minit.
4) PENGADUAN AWAM
  • Mengeluarkan surat akuan terima dengan serta merta kepada pengadu yang hadir sendiri dan dalam masa 7 hari bekerja melalui surat, email, telefon serta akhbar.
  • Memaklumkan keputusan penyelesaian siasatan atau semakan aduan kepada pangadu tidak melebihi 7 hari bekerja setelah keputusan dibuat.
  • Carta Aliran pengurusan Aduan (Klik)

5) PEROLEHAN

  • Memenuhi tempahan jabatan /bahagian dalam masa 2 minggu.
  • Memastikan pengeluaran barang dari setor dalam masa 10 minit.

6) TEKNOLOGI MAKLUMAT

  • Menyelesaikan masalah kerosakan teknikal dan kemudahan ICT dalam tempoh 3 hari bekerja.

7) PENGURUSAN PASAR DAN PENJAJA

  • Memproses permohonan lesen penjaja/pasar dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.
  • Memproses permohonan lesen sementara dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan.
8) PERANCANG BANDAR
  • Memastikan permohonan perintah pembangunan dan pecah sempadan bagi projek kecil diluluskan dalam masa 21 hari dari tarikh permohonan didaftarkan
  • Memastikan permohonan perintah pembangunan dan pecah sempadan bagi projek besar diluluskan dalam masa 30 hari dari tarikh permohonan didaftarkan.
  • Memastikan ulasan sewa/milik dan ubahsyarat tanah dikemukakan semula ke pejabat tanah dan jajahan dalam tempoh 21 hari dari tarikh permohonan diterima
  • Memastikan edaran fail-fail Jabatan Bangunan dikembalikan dalam masa 2 minggu

9) KEJURUTERAAN

  • Memastikan semua permohonan bagi kemudahan infrastruktur seperti mengetar jalan, perlongkangan dan lampu jalan disiasat dan di jawab dalam masa 14 hari dengan syarat ianya lengkap dengan pelan-pelan lokasi
  • Meluluskan permohonan pembinaan infrastruktur persendirian seperti kerja tanah, perparitan, pembetungan dan jalan dalam masa 4 minggu bagi yang kurang daripada 10 unit dan 10 minggu bagi yang melebihi 10 unit dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.

10) PENTADBIRAN

  • Menyediakan minit mesyuarat dalam masa Tiga (3) hari.
  • Mendapatkan maklum balas mesyuarat dalam masa Tujuh (7) hari selepas minit mesyuarat diadakan.
  • Memastikan urusan tuntutan insuran berkelompok kakitangan diselesaikan dalam masa Lima (5) hari bekerja.
  • Memastikan urusan pinjaman kenderaan dan komputer kakitangan diselesaikan dalam masa Dua (2) minggu.
  • Menguruskan edaran laporan Pasukan Pemantauan kepada jabatan yang berkaitan supaya diambil tindakan susulan dalam masa Tujuh (7) hari daripada tarikh laporan diedarkan.
11) LANDSKAP
  • Meluluskan plan projek yang menepati kehendak jabatan ini dalam masa 1 minggu.
  • Memberi sokongan SKD bagi permohonan-permohonan yang menepati syarat-syarat Jabatan ini dalam masa 1 minggu.
  • Menghantar tempahan bunga-bunga berpasu 1 hari sebelum majlis/upacara berlangsung.
  • Menyempurnakan kerja-kerja menebang, memangkas dan mengandam pokok-pokok yang dilaporkan dalam jangkamasa 2 minggu dengan syarat mematuhi kehendak-kehendak Jabatan ini.

12) MEKANIKAL

  • Melaksanakan pembaikan kenderaan/jentera dalam masa 2 hari.
  • Melaksana servis kenderaan/jentera dalam masa 3 jam.
  • Menyegerakan baikpulih tayar dalam masa 2 jam.

13) LETAK KERETA

  • Pengeluaran stiker bermusim kepada pemohon dalam tempoh 10 minit.
  • Memproses dan mengeluarkan stiker khas kepada pemohon selepas mendapat kelulusan daripada YDP / SU dan Penolong Pengarah Letak Kereta dalam tempoh 10 minit
mpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: khairul (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Kaunter Pelawat

9.png7.png8.png5.png0.png
Today436
Yesterday710
This week1146
This month17175
Total97850

2021-01-26
© Copyright 2021 MPKB-BRI. All Rights Reserved.
  • Kemaskini Terakhir : Selasa, 26 Januari 2021, 10:19:00.

Search