Direktori / Pautan / Bantuan / Peta Laman / Lain-lain Bahasa / Daftar
msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

01

29 DIKOMPAUN DAN 15 BUAH SKUTER DISITA DALAM OPS BERSEPADU “OPS SKUTER”

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
29 DIKOMPAUN DAN 15 BUAH SKUTER DISITA DALAM OPS BERSEPADU “OPS SKUTER”
07 Oktober 2021, Kota Bharu. Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam bersama pihak JAHEAIK dan PDRM melakukan Ops Bersepadu “Ops Skuter” semalam.

Operasi yang bermula pada pukul 10.00 malam dan berakhir pada pukul 1.00 pagi itu melibatkan 10 anggota dari Bahagian Penguatkuasa, MPKB-BRI, 11 kakitangan dari Jabatan Pembangunan Islam, MPKB-BRI, 11 anggota dari Bahagian Trafik PDRM dan 25 anggota dari JAHEAIK.
Dalam operasi tersebut, pihak Majlis mengeluarkan 3 kompaun kepada pengusaha skuter kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan merampas 15 buah skuter. Manakala pihak JAHEAIK turut mengeluarkan 8 kompaun keatas pemain skuter kerana berpakaian dan berkelakuan kurang sopan di Khalayak.
 
Dalam operasi yang sama. Pihak PDRM turut mengeluarkan 18 kompaun trafik melibatkan kompaun keatas 7 buah motorsikal, 3 buah kereta dan 8 buah basikal. Disamping itu juga, pihak PDRM turut memberi penerangan mengenai salah laku menunggang skuter di jalanraya.
Majlis menyeru agar masyarakat terutama sekali ibu bapa untuk sentiasa memantau aktiviti sosial anak masing-masing demi kebaikkan bersama.

244913046 193729859538790 2297581461582143233 N

244471227 193730009538775 2984795182577341067 N


244517677 193730059538770 6962620776889345572 N
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

5.png2.png5.png8.png1.png2.png
Today32
Yesterday663
This week2815
This month18195
Total525812

2021-10-29
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2021 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Isnin, 25 Oktober 2021, 10:46:09.

Search