Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA BANDAR SATELIT ISLAM PASIR TUMBOH
- admin.mpkbbri
- Berita Terkini
Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya Program Gotong Royong Perdana bagi membersihkan kawasan Bandar Satelit Islam Pasir Tumbuh.
Program kerjasama MPKB-BRI dan MSO Corporation ini turut mendapat sokongan daripada YB Adun Pasir Tumboh, Ahli-Ahli Majlis MPKB-BRI, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Pelajar-Pelajar Sekolah, Pelajar Pondok dan Para peniaga demi memastikan keceriaan dan keindahan Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh sentiasa dalam keadaan yang baik.
Pihak Majlis juga berharap agar selepas ini kerjasama penduduk setempat, para peniaga dan pengunjung dapat sama-sama membantu menjaga kebersihan kawasan tersebut agar sentiasa Bersih, Indah dan Ceria.





