Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) PEMBERSIHAN & PENGINDAHAN PANTAI KUNDUR DI KOTA BHARU, KELANTAN
- Super User
- Berita Terkini
27 JULAI 2022, KOTA BHARU - Program ini merupakan program kolaborasi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan PLANMALAYSIA. Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Haji Izani Bin Husin, Exco Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan.
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan memberikan sumbangan sebanyak 50 pokok rhu atau nama saintifiknya casuarina equisetifolia selaras dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bermula tahun 2021-2025. Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Plan Malaysia, TPr. Tuan Haji Hassan Bin Haji Yaakob, Tuan Setiausaha MPKB-BRI iaitu Encik Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh serta Ahli-Ahli Majlis MPKB-BRI. Program ini turut melibatkan pegawai-pegawai OSC seluruh PBT Semenanjung Malaysia yang bergotong royong membersih Pantai Kundur.Pada majlis ini juga pihak PLANMalaysia telah menyerahkan mock cek berjumlah RM400,000.00 dibawah Program Bandar Selamat.
Tujuan utama program CSR ini dapat mendorong semangat sukarelawan di dalam melaksanakan kerja-kerja amal dan memupuk kerjasama serta mengeratkan hubungan baik di antara Pegawai OSC Semenanjung Malyasia dan pegawai perancang di PBT dan Negeri Kelantan. Diatas inisiatif Unit Pusat Setempat (OSC) MPKB-BRI satu tabung diwujudkan bagi kutipan sumbangan penyediaan photo booth di Pantai Kundur yang dibiayai melaui sumbangan ikhlas daripada Pengurusan Tertinggi PLANMalaysia dan semua Pegawai-pegawai OSC di Semenanjung Malaysia dan juga Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandara Raya Islam.