msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MPKB-BRI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
02 Ogos 2022, Selasa - Bahagian Penguatkuasaan MPKB BRI telah melaksanakan operasi pemeriksaan lesen premis perniagaan mulai dari bulan Jun 2022 bagi semua aktiviti perniagaan di dalam kawasan pentadbiran MPKB-BRI.

Setakat bulan Julai 2022 sebanyak 1830 premis telah dilawati. Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 82 premis tidak memiliki lesen, manakala premis yang lesen sudah tamat tempoh sebanyak 117 premis. Premis perniagaan yang dilawati meliputi kawasan pentadbiran Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.
Pemeriksaan bertujuan memastikan semua premis perniagaan memiliki lesen premis perniagaan dan lesen pengiklanan yang sah sebagaimana yang ditetapkan dibawah Undang-Undang Kecil (UUK) Iklan MPKB 1990 dan UUK Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian MPKB 2019.

Mana-mana premis yang tidak memiliki lesen premis tahunan yang sah akan dikenakan tindakan kompaun serta notis 14 hari bagi meremedi kesalahan. Sekiranya pemilik terus ingkar, tindakan sitaan akan dikenakan terhadap premis selain pendakwaan di mahkamah.
Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dalam kawasan pentadbiran Majlis, di samping memastikan kesejahteraan dan kemakmuran bandar Kota Bharu.

Lesen1
Lesen2
Lesen3
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

7.png4.png1.png1.png0.png1.png
Today333
Yesterday798
This week2775
This month14117
Total741101

2022-08-18
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Rabu, 17 Ogos 2022, 11:39:15.

Search