msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

MAJLIS AMANAT KHAS TAHUN BAHARU 2023

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
12 Jamadil Akhir 1444H bersamaan 5 Januari 2023 - Majlis Amanat Khas Tahun Baharu 2023 telah disampaikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan bertempat di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim. Majlis tersebut telah dihadiri YB Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan serta YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri.
Dalam ucapan Amanat Khas Tahun Baharu 2023, YAB Dato’ Bentara Kanan, Menteri Besar Kelantan telah merakamkan penghargaan kepada seluruh penjawat awam negeri Kelantan yang telah memberikan komitmen yang tinggi serta berjaya mengekalkan prestasi cemerlang pentadbiran Negeri dengan mengharungi pelbagai cabaran. Bagi mendepani cabaran Tahun 2023, Kerajaan Negeri Kelantan mengekalkan Tema Kelantan Maju Rakyat Sejahtera yang bakal ditunjangi menerusi 4 pendekatan iaiu Kepimpinan Rabbani, Kepimpinan Berintegriti, Kepimpinan Manusiawi dan Kepimpinan Berprestasi.
Dalam majlis tersebut juga, YB Dato’ Kaya Setia, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah menyampaikan ucapan dengan harapan agar semua anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan berazam dan bertekad untuk menjadikan Tahun 2023 ini sebagai tahun yang lebih baik dalam konteks pentadbiran awam dan menilai kembali segala tindakan yang telah dilakukan serta pencapaian yang dicapai, bersedia mempertingkatkan dan memperbaiki segala kelemahan bagi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Majlis ini juga diiringi dengan sesi penyampaian anugerah kecemerlangan dan pengiktirafan peringkat negeri dan persekutuan sepanjang tahun 2022 kepada jabatan dan agensi mengikut kategori-kategori. Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam telah berjaya mendapat dua anugerah iaitu kategori Anugerah Pencapaian Penarafan 5 Bintang Pengurusan Pentadbiran Berdasarkan Naziran Tahun 2022 dan Anugerah CEMERLANG Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) DIY Negeri Kelantan 2022.
Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja MPKB BRI diatas pencapaian yang amat membanggakan ini.
AMANAT1
AMANAT2
AMANAT3
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

8.png7.png6.png8.png3.png7.png
Today22
Yesterday766
This week4851
This month2820
Total876837

2023-02-04
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Khamis, 02 Februari 2023, 11:16:35.

Search