Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
AWAS !! PERBUATAN ANDA DIPERHATIKAN. JANGAN BUANG SAMPAH MERATA. SILA BUANG KE DALAM TONG SAMPAH
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
Jauhilah sikap membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan. Sikap begini menyusahkan semua pihak dan mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan serta kesejahteraan awam.
Pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam usaha menjadikan bandar Kota Bharu sentiasa bersih sepanjang masa.
Justeru itu, sokongan dan kerjasama warga Kota Bharu amat diperlukan bagi memastikan masyarakat dapat menikmati suasana dan kualiti kehidupan yang lebih baik.Pihak MPKB-BRI tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun ke atas sesiapa saja yang melakukan kesalahan membuang sampah merata-rata dan tindakan penguatkuasaan akan dibuat sepanjang masa.
Jom bersama-sama MPKB-BRI menjayakan hasrat Kerajaan Negeri Kelantan di bawah program Kelantanku Bersih.