Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
NASIHAT MENUTUP AURAT SECARA SEMPURNA
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
YABrs. YDP Majlis perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam Encik Rosnazli bin Haji Amin telah mengarahkan kakitangan JPI mempergiatkan semula operasi nasihat kepada pekerja-pekerja di premis perniagaan agar menutup aurat secara sempurna. Arahan ini hendaklah dihayati oleh golongan wanita khususnya pekerja di premis-premis Perniagaan dalam kawasan MPKB-BRI. Usaha dakwah ini juga merupakan satu usaha berterusan yang perlu dilakukan sepanjang masa disamping tindakan mengkompaun mereka yang melanggar peraturan ini .
Menurut beliau usaha orang ramai untuk menutup aurat sudah boleh dipuji namun pemahaman sebenar tentang had atau batasan aurat hendahlah betul-betul dipatuhi. Antara kekeliruan yang sering berlaku ialah berpakain terlalu ketat dan berlengan pendek. Dengan pematuhan ini diharap ianya mendapat pahala dari sisi Allah SWT.