Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
OPERASI PEMERIKSAAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DI KAWASAN PENTADBIRAN MPKB-BRI (2)
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
Bahagian Penguatkuasaan MPKB BRI telah memulakan operasi pemeriksaan lesen premis perniagaan secara total mulai Jun 2022. Sepanjang bulan Disember 2022 sebanyak 451 premis telah dilawati didalam 3 zon iaitu Zon A, Zon B dan Zon C merangkumi kawasan Kota Bharu, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.
Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 60 premis tidak memiliki lesen. 20 premis gagal pamer lesen manakala 16 premis beroperasi dengan lesen sudah tamat tempoh.
Pemeriksaan bertujuan memastikan semua premis perniagaan memiliki lesen premis perniagaan dan lesen pengiklanan yang sah sebagaimana yang ditetapkan dibawah Undang Undang Kecil Iklan (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2019 dan Undang Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2019.
Mana-mana premis yang beroperasi tanpa memiliki lesen premis perniagaan yang sah akan dikenakan tindakan kompaun maksima RM 500 serta notis 14 hari bagi meremedi kesalahan. Sekiranya pemilik terus ingkar, tindakan penyitaan premis akan dikenakan selain pendakwaan di mahkamah.
Tindakan ini dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa dalam kawasan pentadbiran MPKB BRI. Pihak-pihak yang ingin menjalankan perniagaan didalam kawasan pentadbiran MPKB BRI adalah diingatkan untuk mendapatkan lesen premis perniagaan terlebih dahulu. Permohonan lesen premis boleh dibuat di kaunter Jabatan Pelesenan ibu pejabat MPKB BRI. Lesen premis perniagaan adalah berkuatkuasa untuk tempoh 12 bulan dari tarikh bayaran.







