Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
PENGUATKUASAAN PERANGKAP MINYAK (GREASE TRAPS) DI PREMIS MAKANAN KAWASAN MPKB-BRI
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
Faktor utama menyumbang kepada longkang tersumbat adalah pelepasan sisa-sisa makanan, minyak atau gris dari premis makanan terus ke dalam longkang awam. Bagi mengatasi masalah tersebut Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Bandar, MPKB-BRI menjalankan penguatkuasaan ke atas premis-premis makanan yang tidak memasang perangkap minyak (grease traps) di setiap premis makanan dalam kawasan pentadbiran Majlis.
Perangkap minyak adalah sejenis alat yang dipasang di premis makanan untuk mengasingkan sisa makanan, lemak dan minyak daripada air limbah sebelum air tersebut mengalir ke sistem pembetung ataupun longkang ianya merupakan langkah terbaik untuk menangani masalah longkang awam tersumbat.