Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
UNIT MESIN RUMPUT DAN UNIT PEMBERSIHAN AWAM BAGI ZON B, JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR MPKB-BRI MELAKSANAKAN GOYONG-ROYONG
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
19 Januari 2023, Khamis - Unit Mesin Rumput Dan Unit Pembersihan Awam bagi Zon B, Jabatan Perkhidmatan Bandar MPKB-BRI telah melaksanakan goyong-royong di Bandar Baru Tunjong, Jalan Kuala Krai Dan Jalan Tok Guru, Pengkalan Chepa bagi menambahkan keceriaan dan mengekalkan kebersihan di kawasan tersebut sempena menyambut perantau yang pulang ke kampung halaman bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina. MPKB-BRI memohon kerjasama warga kota agar sentiasa memberi kerjasama supaya menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah di merata-rata tempat serta menggunakan tong sampah yang telah disediakan.