Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
KUNJUNGAN HORMAT HIS EXCELLENCY MR KAWAGUCHI YOSHIYASU, CONSUL GENERAL OF JAPAN
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
07 Mac 2023, Selasa - YABrs. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Tuan Rosnazli bin Hj Amin telah menerima kunjungan hormat His Excellency Mr Kawaguchi Yoshiyasu, Consul General of Japan. Kunjungan Hormat bermula jam 9.00 pagi di Bilik pejabat YABRs. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam. Selepas sesi dialog bersama Tuan YDP, MPKBBRI, rombongan Consul General of Japan dibawa melawat ke sudut Mural Persahabatan Kota Bharu-Kasaoka Dan Menara Jam Kabutogani yang menjadi lambang persahabatan akrab antara Bandar Kota Bharu Dan Bandaraya Kasaoka Jepun. Mr Kawaguchi Yoshiyasu dan rombongan juga dibawa melawat Pasar Siti Khadijah yang sememangnya sangat terkenal sebagai ikon pelancongan utama pelancong luar yang datang ke Kota Bharu.
Sesi lawatan bersama dengan Consul General of Japan berakhir di Tugu Pendaratan Jepun di Kuala Pak Amat, Pengkalan Chepa yang merupakan tapak bersejarah pendaratan Jepun pada Tahun 1941 ketika Perang Dunia Ke ii suatu ketika dahulu.
Semoga Kunjung Hormat ini akan terus mengeratkan perhubungan dan menjadi lambang keakraban persahabatan antara Bandar Kota Bharu Dan Bandaraya Kasaoka Jepun yang telah lama terjalin sejak tahun 1999 lagi.









