Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
MAJLIS PELANCARAN TABUNG IFTAR MADINAH RAMADAN 1444H/2023M
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
10 Mac 2023, Jumaat - Majlis Pelancaran Tabung Iftar Madinah Ramadan telah berlangsung di Dataran Medan Ilmu, Jalan Dato’ Pati Kota Bharu, Kelantan. Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Negeri Kelantan.
Turut hadir ke majlis YB Dato’ Dr Haji Izani Bin Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan, YABrs. Tuan Rosnazli Bin Haji Amin (Yang Dipertua, MPKB-BRI) Ahli - Ahli Majlis, Tuan Setiausaha MPKB-BRI, En Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh dan dif-dif jemputan termasuk para penyumbang daripada PKINK, PMBK, MAIK, YAKIN dan syarikat- syarikat swasta.
Majlis dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran oleh Sheikh Hesyam Abdelbary Muhamed Rageh (Imam Madinah Ramadan), dan ucapan aluan oleh YB. Dato’ Dr. Haji Izani Bin Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan).
Ucapan perasmian telah disampaikan oleh YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad Bin Yakob, Menteri Besar Negeri Kelantan yang menceritakan perancangan pelaksanaan Program Madinah Ramadan tahun ini termasuk Program Semarak Al Quran Madinah Ramadan yang akan dihadiri oleh Sheikh Isa Ma'sarawi (Juri Musabaqah Al Quran Antarabangsa) bersama qari-qari terkemuka Negeri Kelantan.
Dalam masa yang sama, beliau juga berharap supaya seluruh rakyat Negeri Kelantan dapat hadir ke Madinah Ramadan untuk mengambil manfaat daripada program-program yang akan dianjurkan serta membantu memeriahkan Madinah Ramadan pada tahun ini setelah hampir 2 tahun penangguhan Madinah Ramadan disebabkan oleh Penularan Wabak COVID-19 yang lalu.
Kemuncak Majlis Pelancaran Tabung Iftar Madinah Ramadan 1444H/2023 dimulakan dengan penyerahan sumbangan oleh syarikat- syarikat swasta, serta pengumuman penajaan utama dari PKINK, PMBK, YAKIN, MAIK dan orang ramai kepada YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Ahmad Bin Yakob sebagai tanda sokongan ke atas program Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan setiap tahun bermula Tahun 1993 lagi.









