Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
ZON BERSIH, INDAH DAN CERIA
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
KOTA BHARU, 19 Mac 2023 – Setiap PBT telah mewujudkan Zon Bersih, Indah dan Ceria iaitu satu kawasan tumpuan yang dikenalpasti untuk dinaiktaraf dari segi kebersihan, keindahan dan keceriaan yang akan menjadi tumpuan masyarakat untuk mengunjunginya.
#MPKBBRI telah menaiktaraf landskap Fasa 1 di Zon Bersih, Indah dan Ceria 2 di persimpangan Bandar Baru Tunjong. Projek menaiktaraf landskap tersebut telah dilaksanakan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Kelantan di bawah program Kesejahteraan Rakyat. Pada tahun lalu, Majlis telah mewujudkan Zon Bersih, Indah dan Ceria Kota Bharu di Kubang Kerian Bandar D’Raja Al-Muhammadi melalui peruntukan program Kelantanku Bersih.
Marilah kita semua menjaga kebersihan, keindahan dan keceriaan Bandar Kota Bharu kerana ia adalah tanggungjawab kita bersama.