msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

LAWATAN PEMERIKSAAN AKHIR PROJEK PEMBESARAN DAN MENAIKTARAF LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA KOTA BHARU (LTSIP) - FASA 1

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
27 Februari 2024, Selasa - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam telah mengadakan lawatan ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (LTSIP) bersama Yang Amat Berusaha Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah YBrs. Encik Wan Suwaidi Bin Zainal Abidin, Setiausaha MPKB-BRI, pihak kontraktor WCT Berhad diketuai oleh En. Mohd Roslan bin Sarip selaku Pengurus Projek WCT, pihak perunding Surea Mamat Arkitek dan diiringi oleh pegawai-pegawai MPKB-BRI.

Lawatan yang dibuat ini adalah berdasarkan kepada tanggungjawab kerja atau duty of care iaitu pemantauan tapak berdasarkan peruntukkan Seksyen 70 (22), Akta 133 bagi memastikan pembinaan dilaksana mematuhi dan menepati kelulusan pelan pemajuan sebelum bangunan tersedia untuk pengeluaran CCC.

Hasil lawatan pemeriksaan akhir ini mendapati kerja-kerja pembinaan bangunan bagi Fasa 1 telah hampir mencapai status kesiapan. Pihak kontraktor dan perunding perlu mendapatkan surat sokongan CCC daripada agensi teknikal berkaitan sebelum pengeluaran CCC dikeluarkan dan pengoperasian LTSIP Fasa 1 ini dapat beroperasi.

Semoga dengan Pembangunan naiktaraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Fasa 1 ini akan menjadi pemangkin pembangunan Negeri Kelantan dan membantu merancakkan program Tahun Melawat Kelantan 2024.

AIRPORT5
AIRPORT2
AIRPORT1
AIRPORT3
AIRPORT4
AIRPORT6
AIRPORT7
AIRPORT8
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

3.png7.png5.png1.png8.png
Today15
Yesterday23
This week134
This month325
Total37518

2024-04-13
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Ahad, 07 April 2024, 08:22:06.

Search