msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG BATU 3, LUNDANG, KOTA BHARU

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
04 Jun 2024, Selasa - Majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Batu 3, Lundang, Kota Bharu telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein, Yang Dipertua MPKB-BRI serta dihadiri Ahli-Ahli Majlis, Pegawai MPKB-BRI dan Pegawai Jabatan Bomba & Penyelamat Daerah Kota Bharu.

Kebakaran yang berlaku pada 31 Mei 2024 jam 3 pagi melibatkan empat (4) buah rumah yang dihuni oleh keluarga Puan Nik Asiah Tuan Kadir, Puan Nik Hasnah Tuan Kadir, Puan Mek Yah bt Md Yusoff Dan En Mohd Razali bin Yusoff telah memusnahkan semua harta benda iaitu tiga (3) buah kereta, wang tunai, peralatan letrik, perabot, dokumen pengenalan diri dan lain-lain. Anggaran kerugian keseluruhan adalah bernilai RM200,000.00.

Pihak Bomba telah mengenalpasti punca kebakaran disebabkan berlakunya litar pintas dari salah sebuah rumah dan merebak dengan cepat ke rumah berdekatan.

Pihak MPKB-BRI menghulurkan bantuan wang tunai sebanyak RM300.00 dan bakul makanan kepada setiap keluarga.

KEBAKARAN1
KEBAKARAN2
KEBAKARAN3
KEBAKARAN4
KEBAKARAN5
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

3.png9.png1.png1.png8.png
Today9
Yesterday24
This week92
This month323
Total39118

2024-06-13
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Rabu, 12 Jun 2024, 04:23:13.

Search