msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

MAJLIS APRESIASI DAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MPKB-BRI TAHUN 2023

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
MAJLIS APRESIASI DAN MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MPKB-BRI TAHUN 2023

27 Mei 2024, Isnin - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan Majlis Apresiasi dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPKB-BRI Tahun 2023 bertempat di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan sekaligus menjadi perasmi kepada majlis gemilang tersebut. Majlis turut disertai oleh Yabrs. Yang Dipertua MPKB-BRI Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein, YBrs Encik Wan Ahmad Suwaidi Bin Zainal Abidin, Setiausaha MPKB-BRI serta barisan Ahli-Ahli Majlis, pegawai-pegawai kanan, dan kakitangan MPKB-BRI.

Seramai 43 orang terdiri dari pegawai dan kakitangan MPKB-BRI telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2023 terdiri daripada 4 pegawai Pengurusan dan Profesional dan 39 kakitangan daripada kumpulan sokongan. Anugerah ini di atas kecemerlangan khidmat bakti dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas sepanjang tahun 2023.

Majlis diserikan dengan persembahan pasukan dikir barat Bentara Sukma dari Jabatan Perkhidmatan Bandar, MPKB-BRI serta tayangan khas tugasan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh MPKB-BRI sepanjang tahun 2023. Majlis ini adalah merupakan penghargaan pihak pengurusan tertinggi MPKB-BRI kepada seluruh anggota atas penat lelah, usaha dan komitmen berterusan yang membolehkan organisasi MPKB-BRI mengecap pelbagai kejayaan dan pengiktirafan di peringkat negeri dan nasional.

Kemuncak kepada majlis ini adalah penyampaian anugerah kecemerlangan kepada jabatan-jabatan mengikut kategori serta Anugerah Pertandingan KIK Horizon Baharu Peringkat MPKB-BRI Tahun 2024. Bahagian Perkhidmatan Bandar & Kesihatan Awam meraih Anugerah Pungutan Hasil Terbaik 2023, Anugerah Bahagian Paling Inovatif 2023 menjadi milik Bahagian Bahagian Teknologi Maklumat, MPKB-BRI, Bahagian Perkhidmatan, MPKB-BRI meraih Anugerah Jabatan Paling Berintegriti 2023. Jabatan Perkhidmatan Bandar, MPKB-BRI meraih Anugerah Jabatan Terbaik 2023 dan Anugerah Khas Jabatan/Bahagian 2023 menjadi milik Jabatan Perancang Bandar dan Landskap, MPKB-BRI.

Anugerah Pertandingan KIK Horizon Baharu Peringkat MPKB-BRI Tahun 2024 pula dijuarai oleh Bahagian Mekanikal, projek Ingenious, Manakala naib juara Bahagian Kesihatan Awam, projek My Efrom dan tempat ketiga dimenangi oleh Bahagian Perkhidmatan, projek Sistem Human Resource Database.

Majlis dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah serta terima kasih kepada semua warga kerja Majlis yang telah bertungkus lumus membantu demi memastikan Kota Bharu terus maju jaya pada masa hadapan.

APC1

APC3

APC4

APC5

APC6
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

3.png9.png1.png1.png9.png
Today10
Yesterday24
This week93
This month324
Total39119

2024-06-13
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Rabu, 12 Jun 2024, 04:23:13.

Search