msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

MAJLIS MERAIKAN PETUGAS-PETUGAS KEBERSIHAN MPKB-BRI SEMPENA AIDILFITRI 1445/2024

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
09 Jun 2024 | ( Ahad)
*MAJLIS MERAIKAN PETUGAS-PETUGAS KEBERSIHAN MPKB-BRI SEMPENA AIDILFITRI 1445/2024*
“Terima kasih kepada petugas Kebersihan MPKB-BRI yang boleh digelarkan sebagai ‘Unsung Hero’ iaitu hero yang tidak didendang, namun mereka telah bertungkus lumus untuk memastikan kerja-kerja kebersihan dapat dijalankan dengan sempurna” adalah antara intipati ucapan YB. Hilmi bin Abdullah kepada petugas-petugas kebersihan MPKB-BRI.

Dalam Majlis berkenaan seramai 327 orang petugas kebersihan MPKB-BRI telah diraikan dengan juadah hari raya. Walaupun sambutan agak lewat namun kemeriahan tetap dirasai.
Pengorbanan petugas kebersihan melepaskan kemeriahan sambutan Aidilfitri bersama sanak saudara dan kaum keluarga tercinta namun dirasakan berbaloi apabila Kota Bharu telah dinobatkan sebagai bandaraya ke 433 terbaik di dunia dan ke 16 di Asia Tenggara hasil kajian yang telah dibuat oleh pakar ekonomi daripada Universiti Oxford dalam laporan Indeks Bandar Terbaik Dunia pada tahun 2024.

Selain itu, MPKB-BRI turut mendapat pengiktirafan dan peringkat Negeri iaitu Johan pertandingan Zon Bersih Indah Ceria dan Jabatan Perkhidmatan Bandar MPKB-BRI juga telah diiktiraf sebagai Jabatan Terbaik Tahun 2023 di peringkat MPKB-BRI. Pengiktirafan ini adalah satu penghormatan tinggi kepada semua petugas-petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan setiap perancangan yang telah diatur.

Dalam Majlis berkenaan yang dihadiri oleh YB Hilmi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YABrs. Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein ,YDP MPKB-BRI, YBrs. Timbalan Ketua Ketua Whip, Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua jabatan/bahagian dan kakitangan kebersihan MPKB-BRI.
Ayuh bersama-sama kita menjaga persekitaran kawasan dan jadikan kebersihan tanggungjawab bersama.

teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png0.png0.png5.png2.png
Today17
Yesterday27
This week101
This month481
Total40052

2024-07-18
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 Julai 2024, 12:32:44.

Search