msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Berita Semasa

KARNIVAL PASAR BERSIH CERIA @ PASAR SITI KHADIJAH KOTA BHARU

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
24 Jun 2024, Isnin - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengadakan Karnival Pasar Bersih Ceria @ Pasar Siti Khadijah Kota Bharu 2024 dengan Kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Perkarangan Pasar Siti Khadijah Kota Bharu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, wakil KPKT Puan farah Shahana Binti Ramli, Ketua penolong Pengarah Bahgian Perunding Kesihatan Persekitaran KPKT. Majlis turut disertai oleh YABrs. Yang Dipertua MPKB-BRI Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein, YBrs Encik Wan Ahmad Suwaidi Bin Zainal Abidin, Setiausaha MPKB-BRI serta barisan Ahli-Ahli Majlis, pegawai-pegawai kanan, dan kakitangan MPKB-BRI serta orang awam.

Majlis dimulai dengan senaman aerobik yang disertai oleh barisan pimpinan majlis dan orang awam. Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti persembahan pasukan dikir barat Bentara Sukma dari Jabatan Perkhidmatan Bandar, MPKB-BRI, pameran - pameran oleh agensi kerajaan dan swasta, pertandingan mewarna kanak-kanak, mengecat, gotong – royong sekitar Pasar Siti Khadijah serta jamuan gulai kawah.

Turut disampaikan juga hadiah pertandingan Video Pendek dan Foto Pelancongan peringkat MPKB-BRI sempena Tahun Melawat Kelantan 2024 oleh Yang Berhormat Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Majlis dengan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di atas kerjasama yang telah dberikan bagi menjayakan karnival ini.


PASARBERSIH1


PASARBERSIH2


PASARBERSIH3


PASARBERSIH4


PASARBERSIH5
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

4.png0.png0.png5.png0.png
Today15
Yesterday27
This week99
This month479
Total40050

2024-07-18
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Isnin, 15 Julai 2024, 12:32:44.

Search