Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
PROGRAM JELAJAH JAJAHAN BAGI KAJIAN BLUEPRINT BANDAR PINTAR NEGERI KELANTAN 2040 DAN PELAN TINDAKAN BANDAR PINTAR KOTA BHARU 2030
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
14 Ogos 2024, Rabu - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bersama PLANMalaysia@Kelantan telah mengadakan satu Program Jelajah Kajian Blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040 dan Pelan Tindakan Bandar Pintar Kota Bharu 2030 yang bertempat di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI.
Selain itu, satu sesi taklimat ringkas agenda bandar pintar telah disampaikan oleh Puan Nina Izurin binti Yahya wakil dari Pusat Perancangan Bandar Pintar, Pejabat Projek Zon Tengah PLANMalaysia.
Seramai 100 orang wakil penduduk dari setiap Jawatankuasa Kecil Penduduk (JKP) telah hadir bagi mengisi borang maklumbalas kajiselidik bagi Kajian Blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040 dan Pelan Tindakan Bandar Pintar Kota Bharu 2030.
Pihak MPKB-BRI mengucapkan terima kasih diatas komitmen dan Kerjasama pihak PLANMalaysia@Kelantan bagi menjayakan program ini untuk mencapai sasaran bandar mampan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh KPKT ke arah pembangunan bandar mampan dan pintar.