Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
LAWATAN ROMBONGAN PERBANDARAN WILAYAH NARATHIWAT KE MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
21 Ogos 2024, Kota Bharu - Lawatan Rombongan Perbandaran Wilayah Narathiwat Ke Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Kota Bharu. Lawatan tersebut melibatkan seramai 83 orang yang terdiri daripada Datuk - datuk bandar, Yang Dipertua Majlis Perbandaran dan Pegawai - pegawai dari 16 Perbandaran di Wilayah Narathiwat yang diketuai oleh YBrs Encik Paisol Awae selaku Datuk Bandar Perbandaran Narathiwat merangkap Presiden Liga Perbandaran Wilayah Narathiwat.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YABrs. Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein, Yang Dipertua MPKB-BRI, seterusnya ucapan oleh YBrs Encik Suphayok Loding, Datuk Bandar Perbandaran Buke Ta dan YBrs Encik Paisol Awae Datuk Bandar Perbandaran Narathiwat.
Lawatan ini adalah bertujuan bagi menimba ilmu berkaitan pengurusan sisa dan pelbagai kutipan cukai untuk meningkatkan kecekapan, pengetahuan dan pengalaman untuk kumpulan sasar yang mana turut menjadi platform untuk kita bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dalam menguruskan kawasan pentadbiran masing. Ini secara tidak langsung dapat memantapkan sistem pentabiran dalam penyampaian perkhidmatan kepada komuniti setempat.
Taklimat ringkas berkaitan dengan MPKB-BRI disampaikan oleh YBrs Encik Faizul Azwan Bin Yaacob, Pengarah Pengurusan Korporat, seterusnya Taklimat berkaitan dengan pengurusan sisa dalam kawasan kota bharu disampaikan oleh YBrs, Encik Mohd Fauzi Bin Abdul Rahim, Pengarah Perkhidmatan Bandar, dan akhir sekali taklimat berkaitan Cukai Bandar disampaikan oleh YBrs Encik Zaidi Bin Jusoh, Ketua Bahagian Cukai Bandar, menyampaikan taklimat berkaitan kutipan cukai dalam kawasan MPKB-BRI.
Rombongan Perbandaran Wilayah Narathiwat turut membuat lawatan ke Istana Balai Besar, Kota Bharu. Istana ini merupakan Istana Keramat bagi keturunan Kesultanan Kelantan dan disinilah tempat berlangsungnya segala upacara rasmi dan adat istiadat diraja dari tahun 1845 sehingga sekarang. Destinasi terakhir lawatan ini adalah kunjungan ke kilang COB Energy Berhad yang bertempat di Pengkalan Chepa.
Pihak MPKB amat komited dengan pelbagai aktiviti yang akan diadakan dari pihak Thailand dan kesudian untuk menjalin hubungan dua hala bagi menarik pelancong luar berkunjung ke Kelantan termasuk Thailand. Pihak Majlis juga berharap dengan adanya lawatan ini dapat mengekalkan serta menguatkan lagi hubungan kerjasama antara Malaysia dan Thailand.