Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN YANG KE 67 PERINGKAT MPKB-BRI 2024
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
24 Ogos 2024, Kota Bharu - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam telah menganjurkan Program Sambutan Ambang Kemerdekaan yang ke 67 Peringkat MPKB-BRI 2024 bertempat di Dataran Bandaraya Kota Bharu.
Turut hadir ke majlis adalah YB Hilmi Bin Abddullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YABrs. Haji Mohd Anis Bin Hussein, Yang Dipertua MPKB-BRI, YBrs. Encik Mahzan Bin Che Mohamed, Setiausaha MPKB-BRI serta ahli-ahli Majlis dan pegawai MPKB-BRI.
Pelbagai acara menarik yang dipersembahkan seperti dikir barat, puisi kemerdekaan, buskers serta persembahan nyanyian Patriotik dari pelbagai kaum.
Tujuan sambutan ambang kemerdekaan disambut adalah bertujuan untuk menghayati semangat kemerdekaan yang telah terbina selama 66 tahun. Matlamat utama menyambut bulan kemerdekaan ini ialah untuk mengenang kembali jasa dan pengorbanan para pemimpin tanah air terdahulu yang telah berkorban menumpahkan darah demi mempertahankan negara daripada terus dijajah. Sebagai menzahirkan semangat kecintaan kemerdekaan ini, pelbagai usaha perlu dilaksanakan termasuklah menganjurkan program-program berbentuk patriotik samada dari segi pertandingan-pertandingan dan program-program Bersama masyarakat.
Pihak majlis bertanggungjawab untuk membantu kerajaan negeri menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan serta bertanggungjawab memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menghargai nilai kemerdekaan.