Direktori / Pautan / Peta Laman / Daftar
PROGRAM KEMPEN LESTARI ALAM DENAI SUNGAI PENGKALAN DATU, KUBANG KERIAN
- admin.mpkbbri
- BERITA TERKINI
Program ini dirasmikan oleh YB. Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud, Ahli Dewan Undangan Negeri Demit merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan.
Turut hadir bersama juga lalah YABrs. Tuan Yang DiPertua MPKB-BRI, Tuan Setiausaha MPKB-BRI, En. Muzani bin Muhammad (Ahli Majlis MPKB-BRI), En. Mohamad Nuri @ Nuri bin Mat Yaacob (Ahli Majlis MPKB BRI), DSP Ketua Bala/ IPD Kota Bharu, Pengarah-pengarah Jabatan MPKB-BRI, Puan Nor Ilyani binti Iche Kamarudin (Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Kesejahteran Komuniti) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Penghulu-penghulu Mukim Demit, Imam Mukim Pulau dan semua jemputan.
Program Kempen Lestari Alam Denai ini juga turut disertai oleh Jabatan Kerajaan yang lain seperti PDRM, Angkatan Tentera Malaysia, RELA, HUSM, Jabatan Alam Sekitar, KUM, Syarikat Semar Emas dan Min House Camp.
Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat menjaga alam sekitar khususnya Denai Sungai Pengkalan Datu Kubang Kerian yang telah tersenaral sebagal Denal Sungal Kebangsaan (DSK) yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Ali, Alam Sekitar dan Perubahan 1klim (NRECC) sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Sungal Sedunia Tahun 2020.
Melalui program ini, telah berjaya menanam 200 jenis pokok daripada pelbagal spesis seperti Buluh Madu, Berembang, Gajus, Lemak Ketam, Serai Kayu, Beko, Jeneris dan pokok Putat.
Dengan penanaman pokok ini yang dibuat secara gotong royong oleh penduduk setempat diharapkan Denai Sungai Pengkalan Datu Kubang Kerian yang mempunyal kawasan hutan bakau ini dapat dipertahankan ekosistem semulajadi dan selamat daripada berlaku Biodiversiti dan keindahannya akan terus dinikmati oleh generasi akan datang.
Program yang bermula dari jam 8.30 pagi dengan ucapan aluan oleh YABrs. Yang Dipertua, MPKB-BRI dan seterusnya ucapan perasmian oleh YB. Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud dan disusuli dengan aktiviti gotong royong membersih kawasan setempat, penanaman pokok dan berakhir dengan jamuan makan tengahari.
Antara pengisian program ini adalah kempen pengumpulan barangan elektrik dan elektronik terpakai (e-waste), Barangan Kitar Semula (3R) dan juga pembelian minyak masak terpakai.