Accessibility Tools

Skip to main content

PENYERAHAN KENDERAAN D-MAX KEPADA YANG DIPERTUA MPKB-BRI

19 Januari 2025, Ahad – Satu gimik telah diadakan di pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi menyerahkan kenderaan baru jenis Isuzu D-Max.

Gimik penyerahan kunci kepada YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Hj Mohamed, Yang Dipertua MPKB-BRI oleh Mr Tan CEO Tec Motor sebagai simbol penyerahan kenderaan dan sokongan terhadap pengukuhan mobiliti dan kelancaran perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Gimik penyerahan di saksikan oleh YBrs. Encik Mahzan Bin Che Mohamed, Setiausaha dan pegawai MPKB-BRI.

Tujuan pembelian kenderaan Isuzu D-Max ini adalah bagi kegunaan untuk memudahkan tugasan harian pihak MPKB-BRI dalam memastikan perkhidmatan kepada warga Kota Bharu berjalan dengan lancar dan efisien. Ia juga merupakan langkah ke arah memperkasakan pengurusan dan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memenuhi keperluan warga Bandar Kota Bharu.

#MembangunBersamaIslam
#mpkbbri
#kotabharukelantan
#PBT
#IsuzuDMax

DMAX2

DMAX4

DMAX3

  • Hits: 76