Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS MAKAN MALAM MERAIKAN PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN DALAM KAWASAN MPKB-BRI TAHUN 2025

18 Februari 2025, Selasa - Majlis Makan Malam Meraikan Pemain Industri Pelancongan Dalam Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Hilmi Bin Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar) dan YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed (Yang Dipertua MPKB-BRI).

Majlis tersebut juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis dan para Pegawai MPKB-BRI, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Negeri Kelantan, Persatuan Hotel Bajet (MYBHA) Negeri Kelantan, Persatuan Pemandu Pelancong, Pengamal Media, Pengayuh-Pengayuh Beca.

Majlis dimulakan dengan persembahan lagu dikir yang bertemakan pelancongan Kota Bharu dan Negeri Kelantan oleh Fendi Kenali dan Den Manjo bagi memeriahkan suasana dan menghiburkan para tetamu jemputan. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed (Yang Dipertua MPKB-BRI) dan diikuti ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Hilmi Bin Abdullah (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar).

Dalam majlis tersebut juga, YB Hilmi Bin Abdullah turut menyampaikan hadiah pertandingan kepada hotel-hotel bagi kategori Pertandingan Restoran Hotel, kategori Hotel Terbaik MAH, Hotel Terbaik MYBHA dan Ikon Perhotelan. IBIS Style Kota Bharu telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Restoran Hotel, diikuti oleh Perdana Kota Bharu sebagai Naib Johan dan H-Elite Design Hotel di tempat Ketiga. Penyampaian Anugerah Khas Perhotelan pula, Hotel Terbaik MAH dimenangi oleh Hotel Perdana Kota Bharu manakala Hotel Terbaik MYBHA dimenangi oleh Tune Hotel Kota Bharu. Encik Muhammad Azrin Bin Zainal Abidin dari Jewel Hotel Kota Bharu telah dipilih sebagai Ikon Perhotelan.

Usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua agensi, organisasi, NGO dan individu yang terlibat dalam industri pelancongan ini bukan sahaja membantu meningkatkan ekonomi setempat, tetapi juga memperkukuhkan kedudukan Kota Bharu sebagai destinasi pelancongan yang menarik. Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa kerjasama dan sokongan daripada setiap lapisan masyarakat, termasuk para pengusaha Hotel, pemandu pelancong untuk Bersama-sama dengan MPKB-BRI. Semoga Majlis ini menjadi inspirasi dan pendorong untuk MPKB-BRI terus memperkukuhkan lagi sektor pelancongan, serta memberi impak yang positif kepada pembangunan komuniti dan kemakmuran bersama.

#MPKB
#PBT
#MembangunBersamaIslam

PELANCONGAN1

PELANCONGAN2

PELANCONGAN3

PELANCONGAN4

PELANCONGAN5

PELANCONGAN6

  • Hits: 84