msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

MPKB-BRI sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

 

>>KALENDAR E-PENYERTAAN

>> POLISI E-PENYERTAAN

>>LANGGAN EMAIL E-PENYERTAAN

 

E-PENYERTAAN YANG SEDANG DIJALANKAN

 

KOLEKSI E-PENYERTAAN YANG TELAH LALU

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL RASMI MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM :

Fb2 0   Tw2

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif

Enakmen Kebebasan Maklumat (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam)
Enakmen Kebebasan Maklumat (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2011 digubal dengan objektif untuk mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat yang dibuat oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri melalui permohonan yang dikemukakan kepada Jabatan yang berkenaan. Turut berkuatkuasa pada tarikh yang sama ialah dua (2) undang-undang subsidiari yang dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyokong peruntukan-peruntukan Enakmen ini, iaitu Peraturan-Peraturan Kebebasan Maklumat (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) (Akses Kepada Maklumat) 2012 dan Kaedah-Kaedah Badan Maklumat (Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam) 2012.

Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana Jabatan Kerajaan Negeri boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-

  1. Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah;
  2. Mengemukakan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat yang telah lengkap diisi secara serahan tangan kepada Jabatan yang berkenaan bersama-sama bayaran RM12.00 (Ringgit Malaysia : Dua Belas Sahaja) iaitu RM 2 untuk fi permohonan dan RM10 untuk deposit fi pemprosesan yang tidak akan dikembalikan;
  3. Pegawai Maklumat yang dilantik bagi setiap Jabatan (sebagaimana Senarai Pegawai Maklumat di bawah) akan memproses permohonan yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan bagi permohonan biasa atau dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan sekiranya permohonan itu melibatkan nyawa atau kebebasan individu; dan
  4. Sekiranya permohonan diluluskan, pemohon perlu membayar baki fi pemprosesan (sekiranya perlu) dan akan menerima akses kepada maklumat yang dipohon mengikut cara akses yang bersesuaian; dan
  5. Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh mengemukakan rayuan kepada Bahagian Teknologi Maklumat  Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam tempoh masa 21 hari dari tarikh penerimaan keputusan.

(Sila rujuk Garis Panduan Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Kelantan) 2011 seperti dilampirkan di bawah untuk informasi lanjut)

Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam di talian terus 09-7402185 atau e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

3.png7.png6.png0.png5.png
Today0
Yesterday25
This week54
This month412
Total37605

2024-04-17
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Selasa, 16 April 2024, 10:40:59.

Search