Accessibility Tools

Skip to main content

Data Terbuka

Data Terbuka MPKB-BRI

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam   Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam  menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan....
  • Hits: 7272

Pengenalan Data Terbuka

DATA TERBUKA KERAJAAN DEFINISIData yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta. Pelaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat Kerajaan. Ia juga merupakan salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan. MPKB-BRI dengan kerjasama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.  
  • Hits: 5067
Penerbitan

Dasar Privasi & Keselamatan

SEO - LAMAN WEB MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM

PBTCare
Akta & Pekeliling
Bilangan Pelesenan Mengikut Kategori Lesen di Negeri Kelantan