msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Permohonan

Permohonan

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

Permohonan 

 Tatacara Permohonan Lesen

  • Dapatkan borang permohonan di Pejabat MPKB-BRI.
  • Isi borang permohonan bagi mendapatkan lesen premis perniagaan.
  • Sediakan:
  1. Salinan daftar perniagaan
  2. Salinan pelan lokasi
  3. Salinan surat sokongan bomba (jika ada)
  4. Salinan sijil kesihatan atau surat perakuan kesihatan (bagi permohonan lesen makanan dan minuman)
  5. Dua (2) keping gambar pasport
  6. Bayaran pendaftaran
  • Hantar borang permohonan ke Pejabat MPKB-BRI

SYARAT-SYARAT PERLESENAN

  1. Menjaga kebersihan premis dan persekitaran pada setiap masa.
  2. Barang-barang perniagaan tidak dibenarkan diletakkan di luar premis perniagaan.
  3. Menyediakan alat pemadam api yang perlu dipatuhi.
  4. Pemegang lesen dan pengendali makanan dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan pada setiap tahun.
  5. Mengamalkan kaedah-kaedah kebersihan diri semasa mengendali dan semasa berada di premis makanan.
  6. Peniaga wanita dikehendaki berpakaian sopan dan menutup aurat.
  7. Barang-barang terbuang dan tidak diguna pakai tidak dibenarkan dibuang atau dilonggok di tepi jalan dan hendaklah dilupuskan sendiri oleh pemegang lesen.
  8. Jualan secara borong sahaja dibenarkan.
  9. Tapak perniagaan hendaklah dibersihkan setiap hari selepas tamat perniagaan.
  10. Barang-barang perniagaan tidak dibenarkan disimpan di tapak selepas tamat perniagaan setiap hari.
  11. Tidak dibenarkan menjalankan kerja-kerja menggunting atau mendandan rambut yang bukan sejenis.
  12. Langkah-langkah kawalan kacau ganggu lalat dan bau hendaklah diambil bagi mengelakkan gangguan kepada penduduk yang berdekatan. Klorinasi di dalam tangki resapan air buangan hendaklah dilakukan pada setiap minggu.
  13. Sisa-sisa seperti bulu dan perut ayam hendaklah diuruskan dengan sempurna seperti dibungkus di dalam karung palstik dan dilupuskan di tapak pelupusan.
  14. Perniagaan hendaklah dihentikan sementara selama 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib.
  15. Kerja-kerja yang melibatkan pengeluaran bunyi hanya boleh dijalankan sehingga jam 7 petang sahaja untuk mengelakkan gangguan kepada penduduk berdekatan.
  16. Perniagaan hendaklah dijalankan di gerai atau petak yang disediakan.
  17. Kegagalan tuan/ puan untuk mengikuti syarat-syarat di atas akan mengakibatkan lesen tuan/ puan akan ditarik balik tanpa sebarang notis.
teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

3.png7.png8.png9.png4.png
Today15
Yesterday24
This week152
This month701
Total37894

2024-04-27
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2022 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Selasa, 23 April 2024, 03:29:56.

Search