Pekeliling & Panduan

Apakah Undang-Undang Kecil?
Undang-Undang Kecil atau 'By-Laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari kepada undang-undang ibu. Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perundangan subsidiari ini dikenali juga dengan nama Perintah, Kaedah, Peraturan dan sebagainya
Pindaan
Undang-Undang Kecil
Pindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada masa ke semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama
Kadar Kompaun
Berdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran kompaun adalah sehingga maksima RM 500.00. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ialah RM 1,000.00.
Penalti/Denda
Sekiranya tawaran kompoun tidak dijelaskan, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/denda sehingga RM2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan, denda boleh dikenakan maksima RM200.00 sehari.
Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Sehingga 2008, undang-undang kecil yang digunapakai di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam adalah sebagaimana berikut:
|
1 |
Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB 1983 |
|
2 |
Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB 1983 |
|
3 |
Undang-Undang Kecil Pasar MPKB 1986 |
|
4 |
Undang-Undang Kecil Iklan MPKB 1990 |
|
5 |
Undang-Undang Kecil Taman MPKB 1986 |
|
6 |
Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB 1986 |
|
7 |
Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB 1986 |
|
8 |
Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB 1986 |
|
9 |
Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB 1987 |
|
10 |
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB 1985 |
|
11 |
Undang-Undang Kecil Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB 1987 |
|
12 |
Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPKB 1985 |
|
13 |
Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985 |
|
14 |
Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB 1989 |
|
15 |
Undang-Undang Kecil Tandas Awam MPKB 1990 |
|
16 |
Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya MPKB 1989 |
|
17 |
Undang-Undang Kecil Kedai Dobi MPKB 1990 |
|
18 |
Undang-Undang Kecil Vandalisme MPKB 1994 |
|
19 |
Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MPKB 1995 |
|
20 |
Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MPKB 1990 |
|
21 |
Kaedah-Kaedah Pegawai MPKB (Kelakuan Dan Tatatertib) 1983 |
|
22 |
Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta) (Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu) 1985 |
|
23 |
Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB 2000 |
|
24 |
Perintah Lalulintas Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan ) MPKB 2002 |
|
25 |
Perintah Tetap MPKB 2001 |
|
26 |
Perintah Tetap Tatacara Kompaun MPKB-BRI 2006 |
|
27 |
Perintah Tetap Tatakelakuan Anggota Penguatkuasaan MPKB-BRI 2007 |
Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan)
Sehingga 2004, undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan) adalah sebagaimana berikut:-
|
1 |
Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB (Pindaan) 1987 |
|
2 |
Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB (Pindaan) 2003 |
|
3 |
Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB (Pindaan) 2003 |
|
4 |
Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB (Pindaan) 2003 |
|
5 |
Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB (Pindaan) 1990 |
|
6 |
Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 1989 |
|
7 |
Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 2003 |
|
8 |
Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002 |
|
9 |
Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB (Pindaan) 2003 |
|
10 |
Undang-Undang Kecil Pasar MPKB (Pindaan) 2004 |
|
11 |
Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB (Pindaan) 2004 |
|
12 |
Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan & Perindustrian MPKB (Pindaan) 2002 |
|
13 |
Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB-BRI (Pindaan) 2007 |
(Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan jabatan undang – undang)
- Hits: 11617