Piagam Pelanggan
” Mewujudkan Bandar Raya Islam yang berdikari dan sempurna ”
Piagam Pelanggan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
MOTTO
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
JABATAN PEMBANGUNAN ISLAM, MPKB-BRI
- Mengadakan satu program bina insan kepada warga kota setiap bulan.
- Sumbangan wang tunai serta merta bagi kes-kes semasa.
- Sumbangan wang tunai dan bakul makanan bagi kes musibah dalam tempoh tujuh (7) hari.
- Sumbangan bakul makanan kepada golongan miskin dan armalah yang berkelayakan secara bulanan.
- Mengurus permohonan baikpulih rumah dan bina baharu rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PKKB) sehingga siap dalam tempoh enam (6) bulan.
- Memastikan program-program keagamaan MPKB-BRI dilaksanakan secara berkala.
- Menyelesaikan aduan awam dalam tempoh tiga (3) hari.
BAHAGIAN KEBERSIHAN DAN LOGISTIK, MPKB-BRI
- Memastikan sisa pepejal dapat diuruskan dengan teratur mengikut jadual dengan pencapaian sekurang-kurangnya 90% pemantauan pemarkahan memenuhi jadual.
- Memastikan pembersihan awam seperti :-
- Pembersihan jalan di laluan utama / protocol Pusat Bandar / kawasan pelancongan / tumpuan orang ramai dapat dilaksanakan setiap hari.
- Pemotongan rumput dan penyelenggaraan longkang dapat dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
- Memberi perkhidmatan sewaan peralatan dan keperluan logistic dalam tempoh tiga (3) hari selepas bayaran diterima daripada pelanggan.
- Memastikan aduan awam dapat diselesaikan dalam tempoh masa tujuh (7) hari selepas aduan diterima.
JABATAN KEWANGAN, MPKB-BRI
- Mengadakan “kaunter bayaran” yang selesa serta melayani setiap pelanggan dengan adil dan mesra.
- Membuat “pembayaran” ke atas segala tuntutan oleh pembekal, kontraktor serta tuntutan wang cagaran (deposit) dalam masa tiga minggu dari tarikh tuntutan disahkan.
- Mengeluarkan “bil-bil cukai bandar” tidak lewat dari minggu pertama bulan Februari bagi penggal pertama dan Ogos bagi penggal kedua.
- Memberi “kemudahakn pembayaran secara ansur” cukai bandar yang tertunggak.
- Menerima dan menyelesaikan “masalah pembayaran cukai bandar” dalam suasana mesra.
BAHAGIAN KESIHATAN AWAM, MPKB-BRI
- Memastikan premis makanan dan tandas awam sentiasa bersih sepanjang masa.
- Memastikan makanan yang disaji selamat dimakan.
- Menjalankan aktiviti pemeriksaan dan tindakan ke atas aduan awam dan kacau ganggu berkaitan Kebersihan dan Keselamatan Premis Makanan serta Kebersihan Tandas Awam dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
- Memproses Permohonan Kad Pengendali Makanan yang lengkap dalam masa lima (5) minit selepas pembayaran.
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
BAHAGIAN PELESENAN, MPKB-BRI
- Memproses permohonan baru lessen perniagaan dan mengeluarkan lessen sementara serta-merta di bawah kategori lessen “lulus secara terus” dalam masa satu (1) hari jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPKB-BRI.
- Memproses dan meluluskan permohonan pindah lokasi premis dan tukar serta pembatalan aktiviti perniagaan dengan kadar segera jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPKB-BRI.
- Memproses surat kelulusan lessen premis perniagaan kekal di bawah kategori “Kelulusan Melalui Jawatankuasa” dalam tempoh 30 hari.
- Meluluskan permohonan permit iklan, kain sepanduk atau banting serta-merta jikan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPKB-BRI.
- Meluluskan lessen hiburan dalam tempoh 10 hari dan permohonannya hendaklan dibuat 14 hari sebelum persembahan hiburan itu diadakan.
- Meluluskan permit promosi sementara serta-merta jika memnuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MPKB-BRI.
- Tindakan jabatan ke atas aduan awam yang dikemukakan diselesaikan dalam masa satu (1) minggu.
BAHAGIAN PENGURUSAN PASAR DAN PENJAJA, MPKB-BRI
- Memproses permohonan lesen penjaja dan pasar dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan.
- Memproses permit sementara di kaki lima dan kerusi meja dalam tempoh 30 hari.
- Memproses permohonan dan meluluskan lessen penjaja Pasar Malam dan Pasar Tani serta merta.
- Memproses permohonan lesen sementara / promosi dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.
- Memproses Lesen Mesin Air serta merta.
- Memproses permohonan Ekspo dan Karnival dalam tempoh 30 hari.
BAHAGIAN PENILAIAN, MPKB-BRI
- Meminda dan menguatkuasakan Cukai Taksiran ke atas pegangan berkadar mengikut peruntukan Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dalam masa enam (6) bulan (Borang F) dan Sijil Layak Menduduki (CF).
- Mengahantar Notis Pindaan Senarai Nilaian kepada pemilik harta yang terlibat dalam amsa tidak kurang dari 30 hari sebelum Tarikh Cukai.
- Mengadakan Mesyuarat Pendengaran Bantahan sebanyak sepuluh (10) kali setahun.
- Mengeluarkan surat keputusan bantahan kepada pemilik harta yang berkaitan dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh mesyuarat MPKB-BRI.
- Memproses permohonan pindahmilik Bil Cukai Taksrian (sekiranya dokumen lengkap dan tiada tunggakan Cukai Taksiran) dalam masa tiga (3) hari bekerja.
- Memproses tukar alamat surat menyurat (sekiranya dokumen lengkap) dalam masa satu (1) hari bekerja.
- Permohonan untuk mendapatkan carian rasmi dalam masa tiga (3) hari bekerja.
BAHAGIAN PERANCANG BANDAR, MPKB-BRI
- Memastikan segala khidmat nasihat perancangan dilayan dengan baik melalui perkhidmatan kaunter yang disediakan.
- Memastikan permohonan Perintah Pembangunan dan Pecah Sempadan / Pelan Tatatur bagi projek kecil diluluskan dalam masa dua puluh satu hari (21) dari tarikh permohonan didaftarkan.
- Memastikan permohonan Perintah Pembangunan dan Pecah Sempadan bagi projek besar diluluskan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh permohonan didaftarkan.
- Memastikan Ulasan Sewa / Milik dan Ubah Syarat Tanah dikemukakan semula ke Pejabat Tanah dan Jajahan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh permohonan diterima.
- Memastikan edaran fail-fail Jabatan Bangunan dikembalikan dalam masa dua (2) minggu.
- Memastikan setiap perancangan yang dirangka dapat memenuhi inspirasi penduduk perbandaran kea rah menjadikan perbandaran sebagai tempat yang selesa untuk didiami, bekerja dan berekreasi.
BAHAGIAN LANDSKAP, MPKB-BRI
- Meluluskan plan projek yang menepati kehendak jabatan ini dalam masa satu (1) minggu.
- Memberi sokongan SKD bagi permohonan-permohonan yang menepati syarat-syarat Ajabatn ini dalam masa satu (1) minggu.
- Menghantar tempahan bunga-bunga berpasu satu (1) hari sebelum majlis atau upacara berlangsung.
- Menyempurnakan kerja-kerja menebang, memangkas dan mengandam pokok-pokok yang dilaporkan dalam jangkamasa dua (2) minggu dengan syarat mematuhi kehendak-kehendak Jabatan ini.
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT, MPKB-BRI
- Memastikan masalah kerosakan rangkaian diselesaikan dalam tempoh 24 jam.
- Menyelesaikan masalah kerosakan peralatan ICT (komputer dan pencetak) dalam tempoh 3 hari bekerja.
BAHAGIAN PENTADBIRAN, MPKB-BRI
- Pengurusan mesyuarat peringkat pentadbiran dan majlis secara sistematik.
- Menyediakan minit mesyuarat dalam masa tiga (3) hari selepas mesyuarat diadakan.
- Mendapatkan maklum balas mesyuarat dalam masa tujuh (7) hari selepas minit mesyuarat diedarkan.
- Memastikan urusan tuntutan insuran berkelompok kakitangan diselesaikan dalam masa lima (5) hari bekerja.
- Memastikan urusan pinjaman kenderaan dan computer kakitangan diselesaikan dalam masa dua (2) minggu.
- Memastikan perkara yang berkaitan dengan pekerja diberi perhatian dan diambil tindakan segera supaya kebajikan pekerja terjaga.
- Mengurus edaran laporan Pasukan Pemantauan kepada Jabatan yang berkaitan supaya diambil tindakan susulan dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh laporan diedarkan.
- Memastika pengurusan dan penyelarasan majlis-majlis rasmi Majlis sentiasa teratur.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN, MPKB-BRI
- Menguruskan pelaksanaan lima (5) hari kursus / latihan/ bengkel bagi semua pegwai dan kakitangan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan.
- Memastikan kenaikan gaji tahunan kakitangan dilaksanakan mengikut tarikh pergerakan gaji (Januari, April, Julai, Oktober).
- Mengemukakan dokumen-dokumen persaraan lengkap kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh persaraan.
- Menguruskan proses Laporan Nilaian Prestasi Tahunan dengan cekap, cepat dan efisien mengikut pekeliling-pekeliling dan peraturan- peraturan yang ditetapkan untuk disahkan dalam Panel Pembangunan Sumber Manusia selewat-lewatnya pada 31 Januari setiap tahun.
- Memastikan semua pegawai dan kakitangan mengemaskini perisytiharan harta setiap lima (5) tahun sekali.
- Menyediakan anggaran belanjawan perjawatan dan emolument pegawai / kakitangan Majlis setiap tahun.
- Penyediaan bagi semua jenis penyata perubahan pendapatan pegawai (kew.8) dapat diselesaikan dalam masa tujuh (7) hari.
- Menguruskan pelaksanaan urusan Panel Penasihat Tatatertib kakitangan mengikut suku tahun.
- Melaksanakan Pelan Penggantian Perjawatan setiap awal tahun.
- Memastikan pelantikan, pengesahan dan pemberian taraf berpencen dapat diselesaikan dalam tempoh 1 hingga 3 tahun.
- Memastikan laporan pencapaian KPI HRMIS tahunan mencapai 100%.
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTA, MPKB-BRI
- Memastikan urusan penyewaan harta Majlis diuruskan dengan baik dan memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati pelanggan.
- Memastikan urusan penyewaan, perjanjian serta permohonan gerai sentiasa dikemaskini dengan baik.
- Menyelesaikan proses permohonan penyewaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari.
UNIT PUSAT SETEMPAT (OSC), MPKB-BRI
- Menerima dan menyemak permohonan yang diterima dengan lengkap serta membuat edaran kepada jabatan memproses iaitu Jabatan Teknikal Dalaman dan Luaran dalam tempoh dua (2) hari.
- Memantau dan menerima ulasan daripada Jabatan Teknikal Dalaman dan Luaran dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh edaran.
- Mengeluarkan surat panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) kepada Jabatan Teknikal Dalaman dan Luaran dalam tempoh lima (5) hari sebelum tarikh mesyuarat.
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) sebanyak dua belas (12) kali setahun sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
- Mengeluarkan minit Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh tujuh (7) hari selepas bersidang.
- Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) kepada pelanggan dalam tempoh lima (5) hari.
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, MPKB-BRI
- Memastikan undang-undang kecil dipatuhi dan tindakan diambil dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas menerima aduan.
- Melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berkala dan terancang untuk menjaga keharmonian bandar raya islam.
- Memberikan maklum balas terhadap aduan yang diterima dalam tempoh dua puluh empat (24) jam pada hari bekerja.
- Memastikan pemantauan terhadap aktiviti perniagaan, iklan dan premis diuruskan mengikut peraturan yang ditetapkan.
- Menyediakan perkhidmatan yang cekap, telus, mesra pelanggan, dan berlandaskan nilai-nilai islam.
- Mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan tanpa prejudis.
- Mengadakan kempen kesedaran berkaitan peraturan dan undang-undang kecil kepada masyarakat setempat secara berkala.
BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN, MPKB-BRI
A. MEMPROSES KELULUSAN PELAN BANGUNAN
- Memastikan pelan bangunan kategori rumah sebuah (rumah kediaman) diluluskan dalam tempoh 44 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Memastikan pelan bangunan kategori projek (bukan rumah kediaman) diluluskan dalam tempoh 73 hari dari tarikh surat permohonan dengan OSC dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Memastikan pelan permit kecil tambahan dan ubahsuai bangunan diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari dan tertakluk kepada pematuhan dan semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.
B. MENGELUARKAN SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CCC)
- Memastikan Sijil Kelayakan Menduduki (CCC) diluluskan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan dan tertakluk kepada pematuhan semua syarat-syarat yang telah ditetapkan.
C. MEMBERI ULASAN TEKNIKAL
- Memberi ulasan-ulasan teknikal kepada Jabatan Dalaman Majlis dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh surat yang diterima.
BAHAGIAN LETAK KERETA, MPKB-BRI
- Menguruskan pengeluaran permohonan.
- Menyelia berkaitan petak khas yang diluluskan.
- Menyelia tapak kereta sewa.
- Menyelia tapak bas di terminal pusat bandar.
BAHAGIAN BANGUNAN DAN ELEKTRIKAL, MPKB-BRI
- Memastikan layanan secara berhemah diberikan kepada pengadu / pelanggan sama ada dalam atau luar Jabatan.
- Memastikan setiap aduan disiasat dalam tempoh satu (1) hingga dua (2) hari bekerja mengikut jenis aduan.
- Memastikan segala urusan pengeluaran resit untuk bayaran (Borang Sebut Harga, pendaftaran dan pembaharuan kontraktor M & E dan lain-lain) dibuat dalam tempoh sepuluh (10) minit.
- Memastikan setiap aduan kerosakan terhadap premis Majlis disiasat dan pembaikian dibuat secara Jabatan dalam tempoh satu (1) hingga lima (5) hari bekerja mengikut jenis kerosakan.
- Permohonan lampu awam akan disiasat dan dicadangkan kepada Tenaga Nasional untuk pemasangan jika munasabah dalam tempoh empat (4) hari bekerja.
- Aduan kerosakan terhadap perabot pejabat, perlakatan elektrik, penghawa dingin, telefon akan diselesaikan dalam tempoh satu (1) hingga lima (5) hari bekerja mengikut jenis kerosakan.
- Memastikan setiap tuntutan bil / pesanan kerajaan / inden disemak dan disahkan dan dihantar ke Bahagian Kewangan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penyerahan jika tiada masalah.
- Kelulusan ubahsuai gerai / permohonan bekalan elektrik dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja jika tiada masalah.
BAHAGIAN INFRASTRUKTUR, MPKB-BRI
- Memastikan semua permohonan bagi kemudahan infrastruktur seperti mengetar jalan, perlongkangan dan lampu jalan disiasat dan di jawab dalam masa empat belas (14) hari dengan syarat ianya lengkap dengan pelan-pelan lokasi.
- Meluluskan permohonan pembinaan infrstruktur persendirian seperti kerja tanah, perparitan, pembetungan dan jalan dalam masa empat (4) minggu bagi yang kurang daripada sepuluh (10) unit dan sepuluh (10) minggu bagi yang melebihi sepuluh (10) unit dengan syarat ianya disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.
BAHAGIAN CUKAI BANDAR, MPKB-BRI
- Mengadakan “Kaunter Bayaran” yang selesa serta melayani setiap pelanggan dengan adil dan mesra.
- Mengeluarkan bil-bil cukai bandar tidak lewat dari minggu pertama bulan Februari bagi penggal pertama dan Ogos bagi penggal kedua.
- Memberi kemudahan pembayaran secara ansuran cukai bandar yang tertunggak.
- Menerima dan menyelesaikan masalah pembayaran cukai bandar dalam suasana mesra.
BAHAGIAN PEROLEHAN, MPKB-BRI
- Memenuhi tempahan jabatan / bahagian dalam masa dua (2) minggu
- Mendapatkan barang-barang dan peralatan yang berkualiti dan bertepatan dengan kehendak jabatan / bahagian.
- Memastikan pengeluaran barang dari stor dalam masa sepuluh (10)
- Menyelesaikan pendaftaran Syarikat / Kontraktor dalam lima belas (15) minit.
JABATAN PENGURUSAN KORPORAT, MPKB-BRI
- Menerima semua jenis aduan daripada orang ramai tanpa sebarang
- Melayani setiap pelanggan yang hadir ke kaunter / pejabat khidmat pelanggan / jabatan perhubungan awam dalam tempoh masa lima (5) minit setelah kehadiran mereka.
- Mengeluarkan surat akuan terima dengan serta merta kepada pengadu yang hadir sendiri dalam masa tujuh (7) hari bekerja melalui surat, emel, telefon serta akhbar.
- Membuat siasatan dengan jabatan-jabatan yang terlibat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas aduan diterima.
- Menyiasat aduan yang diterima dengan adil dan saksama.
- Memberitahu pengadu kedudukan siasatan aduannya dalam tempoh satu bulan sekali sehingga aduan dapat diselesaikan.
- Memaklumkan keputusan penyelesaian siasatan atau semakan aduan kepada pengadu tidak melebihi tujuh (7) hari bekerja setelah keputusan dibuat.
BAHAGIAN MEKANIKAL, MPKB-BRI
- Menguruskan pengagihan kenderaan jabatan-jabatan dalam MPKB-BRI untuk kegunaan harian dalam masa satu hari.
- Menguruskan permohonan sewaan kenderaan dalam satu (1) hari.
- Menyegerakan perkhidmatan pelaksanaan kerja-kerja besi, perkhidmatan penghawa dingin dan perkhidmatan tayar kenderaan MPKB-BRI.
- Menyegerakan tindakan pembaikian ke atas aduan kerosakan kenderaan / jentera MPKB-BRI.
- Mengurus servis kenderaan / jentera MPKB-BRI dalam masa (1) hari.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN, MPKB-BRI
- Memastikan fail dibuka serta merta sebaik sahaja bayaran fail dijelaskan
- Memastikan cadangan permohonan projek yang lengkap diangkat ke Mesyuarat Teknikal Projek dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
- Memastikan cadangan projek diangkat dalam tempoh satu (1) bulan untuk pertimbangan Majlis.
- Memastikan cadangan projek berisiko / impak tinggi diangkat dalam tempoh satu (1) bulan untuk kelulusan Jawatankuasa Sehenti Pelaburan Negeri dari tarikh kelulusan Majlis ke atas cadangan projek usaha sama.
JABATAN UNDANG-UNDANG, MPKB-BRI
A. NASIHAT PERUNDANGAN
- Memberi nasihat perundangan kepada jabatan-jabatan di MPKB- BRI dan orang awam dalam tempoh DUA PULUH SATU (21) hari dari tarikh ianya diterima, sekiranya tidak melibatkan agensi lain.
- Menyediakan maklumbalas yang diperlukan oleh pihak berkenaan dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari dari tarikh arahan.
B. PENGGUBALAN
1. Dokumen Perundangan
- Mengangkat deraf perundangan untuk kelulusan Majlis dalam tempoh TIGA PULUH (3) hari dari tarikh diterima, sekiranya maklumat yang diterima adalah lengkap tertakluk kepada Persidangan Penuh, MPKB-BRI.
- Menyemak dan membuat cadangan pindaan kontrak / perjanjian dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari dari tarikh arahan diterima tertakluk kepada dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan oleh jabatan / bahagian terlibat.
C. PENDAKWAAN
- Menguruskan Notis Tindakan Mahkamah ke atas kompaun-kompaun yang dirujuk dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima daripada jabatan / bahagian yang berkaitan.
- Mengfailkan kes ke mahkamah dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari dari tarikh kelulusan Izin Pendakwaan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Kelantan.
D. SIVIL
- Melantik panel peguam untuk mewakili Yang Dipertua, MPKB-BRI dalam tempoh TUJUH (7) hari dari tarikh saman kes litigasi terhadap Yang Dipertua, MPKB-BRI.
- Memaklumkan keputusan kes-kes mahkamah kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh TUJUH (7) hari dari tarikh keputusan.
- Last updated on .
- Hits: 6566