Direktori / Pautan / Bantuan / Peta Laman / Lain-lain Bahasa / Daftar
msen
  Soalan Lazim2 C Line2 Hubungi Kami2 C Line2 Aduan2 C Line2 Petalaman2 C  

Data Terbuka MPKB-BRI

Bintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 
Tag SPLWPK: splwpk-open-data

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam

 

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam  menyahut inisiatif kerajaan untuk melaksanakan data terbuka bagi meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan.

 

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

Cari data terbuka di sini

Dari Tahun 2017- 2021

 

SET DATA MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU-BANDAR RAYA ISLAM

Bil TAJUK DATA SET TAHUN
1

Pemegang Akaun Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI)

2018
2

Bilangan Pelesenan Mengikut Kategori Lesen di Negeri Kelantan

2018
3

Statistik Aduan Awam Yang Diterima Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

2021
4

Kompaun Yang Dikeluarkan Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan

2021

Klik Portal Rasmi Open Data Kerajaan Malaysia untuk lihat keseluruhan data terbuka bagi MPKB-BRI.

 

 

 

teksmpkb.png

Membangun Bersama Islam

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Jalan Hospital,
15000, Kota Bharu, Kelantan

T (+609) 745 4000
F (+609) 748 6026

Web: www.mpkbbri.gov.my
Email: btm (at) mpkb.gov.my

Kod QR Web Mobil

Qrcode Mpkbbri

Kaunter Pelawat

5.png0.png3.png1.png7.png2.png
Today25
Yesterday633
This week2775
This month14123
Total503172

2021-09-24
Hak Cipta Terpelihara © 2016 - 2021 Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Kemaskini Terakhir : Khamis, 23 September 2021, 01:01:06.

Search