Accessibility Tools

Skip to main content

SOALAN LAZIM (FAQ)

  • 1) Apakah saluran yang betul bagi membuat aduan?
    1) Telefon (09 745 4000)
    2) Datang ke pajabat (Kaunter Khidmat Pelanggan)
    3) Surat / Faks (09 4786026)
    4) E-mail (khairul[at]mpkb.gov.my)
    5) Laman Web (http://www.mpkbbri.gov.my)
  • 2) Apakah yang dimaksudkan dengan Cukai Bandar?
    Cukai Bandar adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang berada di dalam kawasan pentadbiran MPKB- BRI seperti :
    A) Rumah Kediaman
    B) Bangunan Perniagaan dan Industri
  • 3) Berapa lamakah tempoh bayaran bagi Cukai Bandar?
    1) Januari hingga 28 atau 29 Februari
    2) Bagi 1/2 tahun kedua pada 1 Julai hingga 31 Ogos
  • 4) Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?
    Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.
  • 5) Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
    Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
  • 6) Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu / masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?
    Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.
  • 7) Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) dipungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa?
    Sampah pukal dipungut seminggu sekali sahaja.
  • 8) Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
    Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.
  • 9) Bahagian Letak Kereta (Tiket Letak Kereta)
    S : Apa itu Tiket Letak Kereta?
    J : Tiket Letak Kereta, MPKB-BRI adalah salah satu alternatif bayaran caj meter letak kereta yang diperkenalkan untuk memberikan pilihan kepada pengguna parkir bermeter Majlis. Tiket Letak Kereta ini mempunyai 2 jenis iaitu Tiket Letak Kereta Harian dan Tiket Letak Kereta Jam. Tiket Letak Kereta Harian dijual dengan harga RM40.00 (40 jam)per buku yang mengandungi 5 keping di mana sekeping dengan kadar RM8.00 bagitempoh 10 jam. Manakala, Tiket Letak Kereta Jam dijual dengan harga RM6.00 (7.5 jam) per buku yang mengandungi 5 keping setengan jam/RM0.40 dan 5 keping sejam/RM0.80.

    S : Bagaimana cara penggunaannya?
    J : Pengguna perlu meletak kereta dipetak bermeter yang disediakan, menggores 5 bahagian bagi tahun bulan, hari, jam dan minit, waktu mula penggunaan, kemudian pamerkan di atas dashboard sebelah pemandu tanpa halangan sebarang objek.

    S : Di manakah Tiket Letak Kereta boleh dibeli?
    J : Tiket Letak Kereta boleh dibeli di Kaunter 5 Kompleks Pejabat MPKB-BRI di Jalan Hospital, Kaunter Pejabat Bahagian Letak Kereta Jalan Padang Perdana, semua i-kiosk Letak Kereta di Jalan Hulu Pasar dan Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu serta di sebelah Bank Rakyat Jalan Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kubang Kerian.Selain itu, tiket boleh dibeli dengan semua penguatkuasa meter yang bertugas dan melalui ejen-ejen tiket berdaftar yang lokasinya boleh disemak melalui portal Majlis.

    S : Bagaimanakah untuk mendaftar sebagai ejen jualan Tiket Letak Kereta ?
    J : Pihak yang berminat boleh hubungi Pejabat Bahagian Letak Kereta untuk keterangan lanjut. Pendaftaran ejen perlu hadir ke Pejabat Bahagian Letak Kereta.

    S : Mengapakan kompaun masih dikeluarkan walaupun Tiket Letak Kereta sudah dipamerkan?
    J : Kompaun masih boleh dikeluarkan atas sebab-sebab berikut:-
    i) Tiket dipamerkan tidak digores dengan sepatutnya (5 bahagian iaitu tahun, bulan, jam dan minit);
    ii) Tiket dipamerkan tidak sah (luput tempoh/tersilap gores)
    iii)Tiket dipamerkan dihalang oleh objek (cermin gelap/ ditutup)
    iv) Tiket dipamerkan tetapi terjatuh dari tempatnya (dashboard)
    v) Tiket dipamerkan diciplak/palsu

    S : Mengapa anggota penguatkuasa mengeluarkan kompaun sedangkan pemilik kenderaan sedang membeli Tiket Letak Kereta ?
    J : Anggota Penguatkuasa bertugas hanya memeriksa kenderaan di tempat letak kereta sahaja samada caj letak kereta dibayar atau tidak, dan jika tidak dibayar maka penguatkuasa perlu mengeluarkan kompaun atas kesalahan tidak membayar caj ditetapkan.

    S : Apakah yang perlu dibuat jika meter Letak Kereta rosak dan perlu meletak kereta ?
    J : Pengguna perlu menghubungi Pejabat Bahagian Letak Kereta untuk aduan kerosakan meter sebagaimana di talian tertera di meter. Kemukakan nombor meter terbabit untuk tindakan petugas mekanik. Pengguna perlu mengunakan tiket letak kereta bagi bayaran caj meter.

    S : Bagaimana cara untuk saya meletak kenderaan melebihi setengah jam atau melebihi sejam menggunakan tiket?
    J : Pengguna perlu menggoreskan 5 bahagian yang sepatutnya iaitu Tahun, Bulan, Hari, Jam dan Minit dengan jelas dan pastikan tiket berikutnya digores setelah masa tamatnya tempoh tiket pertama tadi serta disusun dengan berturutan di atas dashboard kenderaan.



  • Hits: 495