MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT MPKB-BRI 2025
17 April 2025, Kota Bharu - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat MPKB-BRI telah berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni bertempat Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI Kota Bharu. Majlis ini diadakan bagi meraikan kemeriahan Syawal bersama seluruh warga kerja MPKB-BRI serta agensi-agensi Kerajaan dan warga Kota Bharu.
Majlis Hari Raya ini dihadiri oleh YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed, Yang Dipertua MPKB-BRI, Ahli-ahli Majlis MPKB-BRI, YBrs. Encik Mahzan Bin Che Mohamed, Setiausaha MPKB-BRI, pegawai dan kakitangan MPKB-BRI.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Ketua-ketua Jabatan dari Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan masyarakat pelbagai kaum.
Para tetamu berpeluang menikmati hidangan sambil beramah mesra dalam suasana penuh ceria dan mesra. Inisiatif ini bukan sahaja mempereratkan hubungan sesama warga kerja, malah memperkukuhkan jalinan ukhuwah antara MPKB-BRI dan masyarakat sekitar.
Pihak MPKB-BRI merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga sambutan ini menjadi platform mempererat hubungan dan menyemarakkan semangat muafakat.
#MPKBBRI
#Syawal2025
#HariRayaMPKBBRI
#MajlisAidilfitriMPKBBRI
- Hits: 31