KUNJUNGAN HORMAT JABATAN KERJA RAYA (JKR) KE MPKB-BRI
20 April 2025, Ahad - Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ke pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Rombongan JKR diketuai oleh Ir. Ts. Noor Maziana Binti Mazlam (Jurutera Jajahan) serta bersama 3 orang pegawai disambut mesra oleh YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed, Yang Dipertua MPKB-BRI.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan infrastruktur demi kepentingan masyarakat setempat. Antara fokus utama perbincangan adalah penambahbaikan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti jalan raya, longkang, dan pencahayaan. Perancangan projek-projek infrastruktur jangka panjang yang memberi manfaat kepada penduduk di bawah pentadbiran MPKB-BRI serta perkongsian maklumat teknikal serta cadangan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian perkhidmatan infrastruktur.
Kunjungan ini membuka ruang kerjasama yang lebih mantap antara MPKB-BRI dan JKR dalam usaha memastikan pembangunan infrastruktur yang lebih tersusun, cekap, dan berimpak tinggi kepada rakyat.
- Hits: 20