MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT AKHIR MALA 3.0 PIALA YB MENTERI KPKT TAHUN 2024/2025
25 April 2025, Johor Bahru - Tahniah dan syabas diucapkan kepada MPKB-BRI kerana berjaya menempatkan diri dalam 10 kumpulan terbaik daripada 30 kumpulan di Peringkat Akhir Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2024/2025 yang diadakan di Dewan Kenanga, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Johor.
Pencapaian ini membuktikan komitmen serta usaha berterusan MPKB-BRI dalam menjayakan inisiatif inovasi dan memperkasa perkhidmatan PBT ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing.
Teruskan kecemerlangan, MPKB-BRI!
- Hits: 43