KECERIAAN ALAM LESTARI KAMPUNG PULAU KUNDUR (PROGRAM LA21) – JKP KIJANG
1 Mei 2025 | Khamis - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam(MPKB-BRI) terus menunjukkan komitmen dalam menjadikan Kota Bharu sebagai sebuah bandar yang lebih hijau, bersih dan sejahtera melalui pelaksanaan Program Local Agenda 21 (LA21). Inisiatif pembangunan mampan ini dilaksanakan secara kolaboratif antara pihak berkuasa tempatan, komuniti setempat seperti JKP Kijang, serta agensi dan sektor swasta termasuk PDRM dan KUMH.
Program yang berlangsung di Kampung Pulau Kundur ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr Haji Izani, Exco Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijang. Sebagai simbolik usaha kelestarian alam, aktiviti penanaman anak pokok rhu telah dijalankan di kawasan pesisir pantai.
Penanaman pokok rhu bukan sahaja memperindah landskap, malah memberikan impak besar dari sudut ekologi — antaranya membantu mengurangkan hakisan pantai, menapis tiupan angin yang kuat, serta menyediakan teduhan semula jadi untuk para pengunjung yang ingin menikmati suasana pantai yang damai dan selesa.
Melalui pendekatan LA21, MPKB-BRI menegaskan bahawa kelestarian alam sekitar hanya dapat dicapai melalui penyertaan aktif dan kolaborasi semua pihak. Sehubungan itu, MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JKP Kijang serta semua agensi dan sukarelawan yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga usaha ini menjadi pencetus kepada lebih banyak inisiatif hijau di seluruh Kota Bharu.
#MPKBBRI #LA21 #KotaBharuHijau #KelantanMampan #PantaiKundur #AlamSekitar #JKPKijang
- Hits: 13