GOTONG-ROYONG PERDANA MPKB-BRI SEMPENA PROGRAM KELANTANKU BERSIH 2025 DI TAMAN DESA KEMUMIN PENGKALAN CHEPA
Selasa | 06 Mei 2025
Program Gotong-royong Perdana anjuran MPKB-BRI yang telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Amar D'Raja Dato' (Dr.) Hj Mohd Amar Bin Abdullah, Speaker Dewan Negeri Kelantan Merangkap Adun Panchor yang merangkumi gerak kerja pembersihan persekitaran di seluruh kawasan Taman Perumahan Desa Kemumin, Pengkalan Chepa.
Antara jabatan kerajaan / agensi dan syarikat swasta yang turut mengambil bahagian dalam program ini adalah terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, RELA, Pejabat Kesihatan Daerah,Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan ATM 8 Briged, Rohm Wako, JKP Pengkalan Chepa, Wakil Kakitangan daripada Jabatan dan Bahagian MPKB-BRI.
Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dengan mengekalkan keceriaan dan kebersihan di kawasan tersebut. Selain itu, ianya bagi memastikan kawasan premis perniagaan sentiasa berada dalam keadaan terurus terutama yang melibatkan kebersihan longkang.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
#KelantankuBersih2025
#JupoSampohKutipJangeTohokKoksey
#KebersihanTanggungjawabBersama
- Hits: 23