Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS PENYERAHAN 3 BUAH LORI HINO

27 Mei 2025, Selasa - Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Azi Rahimee Bin Haji Mohamed, Yang Dipertua MPKB-BRI, Yang Berusaha Encik Mahzan Bin Che Mohamed, Setiausaha MPKB-BRI, dan barisan pegawai MPKB-BRI yang berkenaan.

Penyerahan lori ini daripada dealer Hino Kelantan iaitu syarikat Soon Seng Motors Enteprise kepada pihak majlis dan akan diserahkan kepada tiga (3) jabatan iaitu, Jabatan Perkhidmatan Bandar (Bahagian Kebersihan & Logistik), Jabatan Perancang Bandar & Desa (Bahagian Landskap) dan Jabatan Kejuruteraan (Bahagian Bangunan & Elektrik).

Sebagai penutup majlis yang penuh bermakna ini, pihak MPKB-BRI sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Syarikat Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. atas kerjasama yang diberikan.

Diharapkan bahawa penyerahan tiga buah lori ini akan memberi impak positif dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam demi manfaat kepada warga Kota Bharu.

LORI1

LORI2

LORI3

LORI4

  • Hits: 32