Accessibility Tools

Skip to main content

MESYUARAT KOORDINASI PROJEK DAN LAWATAN TAPAK BAGI PROJEK MEMBINA GERAI DAN KEMUDAHAN AWAM PANTAI CAHAYA BULAN (PCB) KOTA BHARU, KELANTAN

11 JUN 2025, RABU – YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Mohamed, Yang Dipertua MPKB-BRI serta pegawai-pegawai telah menerima lawatan dan bermesyuarat bersama Kementerian Perumahahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkenaan pembangunan semula Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang merupakan salah satu tarikan pelancongan utama di Kota Bharu.

Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan reka bentuk dan jenis komponen yang akan digunakan untuk projek membina gerai dan kemudahan awam Pantai Cahaya Bulan (PCB) kota bharu bagi fasa pertama dengan keluasan 9.41 ekar.

Lawatan ini juga bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan dan solusi penyelesaian reka bentuk dan komponen yang akan dibangunkan.

Pihak MPKB-BRI mengucapkan terima kasih kepada KPKT dan semua yang terlibat dalam mesyuarat koordinasi dan lawatan tapak hari ini. Semoga projek di Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini berjalan lancar dan memberi manfaat besar kepada komuniti setempat.

PCB1

PCB2

PCB3

  • Hits: 37