MAJLIS PENYERAHAN GAZEBO KEPADA PASAR BESAR SITI KHADIJAH, KOTA BHARU
11 Jun 2025, Rabu - Pihak BSN Kelantan dengan penuh takzim menyerahkan 2 unit gazebo (pondok berteduh) kepada Pasar Besar Siti Khadijah hari ini bagi memberi keselesaan kepada pengunjung pasar tersebut untuk menghelakan nafas setelah membeli-belah.
Turut hadir bersama ketika majlis perasmian adalah Pengarah Negeri BSN Kelantan, Hjh Noriza Hj Hashim serta pegawai kanan BSN Kelantan.
Turut serta adalah Pengarah Khidmat Pengurusan MPKB - BRI, Tn Hj Ropein bersama beberapa Pengarah MPKB - BRI yang lain.
Inisiatif ini merupakan salah satu daripada program CSR tahunan pihak BSN bagi menyalurkan program khidmat masyarakat kepada orang awam.
Diharapkan dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai untuk berehat seketika di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu.
- Hits: 49