Accessibility Tools

Skip to main content

MAJLIS PERASMIAN PROJEK LANDFILL MINING & LAWATAN KERJA KE TAPAK PELUPUSAN BERIS LALANG, BACHOK

17 Jun 2025, Selasa - Majlis Perasmian Projek Landfill Mining di Tapak Pelupusan Beris Lalang, Bachok telah berlangsung dengan jayanya. Majlis turut dihadiri oleh YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee bin Mohamed,Yang Dipertua MPKB-BRI, YBrs Tuan Haji Mohamad bin Othman Setiausaha MPKB-BRI serta barisan Pegawai-pegawai kanan, dan kakitangan MPKB-BRI.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Operasi PSPM dan Pengarah Urusan DwiTekno, yang menyentuh peranan penting projek ini dalam pengurusan sisa pepejal secara mampan serta impak positif kepada alam sekitar dan komuniti setempat.

Seterusnya, majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Hilmi Bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan yang dalam ucapannya turut menyatakan komitmen pihak kerajaan Negeri Kelantan dalam menyokong inisiatif pemuliharaan alam sekitar melalui teknologi moden seperti Landfill Mining.

Majlis diteruskan lagi dengan lawatan ke tapak projek, di mana para tetamu berpeluang melihat secara dekat pelaksanaan kerja-kerja penggalian dan rawatan sisa yang sedang dijalankan.

Majlis ini bukan sahaja menandakan permulaan kepada satu inisiatif hijau yang penting, malah turut mencerminkan komitmen semua pihak dalam merealisasikan pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan. Semoga Projek Landfill Mining ini menjadi model rujukan dan pemangkin kepada lebih banyak projek lestari di masa akan datang.

LANDFILL1

LANDFILL2

LANDFILL3

LANDFILL4

LANDFILL5

LANDFILL6

LANDFILL7

  • Hits: 26