Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSIH DAN INDAH JKP KOTA LAMA LOCAL AGENDA 21 (LA21) TAHUN 2025

PROGRAM GOTONG-ROYONG BERSIH DAN INDAH JKP KOTA LAMA LOCAL AGENDA 21 (LA21) TAHUN 2025

21 jun 2025, Sabtu - Program Gotong-Royong Bersih dan Indah anjuran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Kota Lama bertempat di Kampung Kubur Kuda, Kota Lama Kota Bharu. Program ini di bawah inisiatif Local Agenda 21 (LA21) 2025 telah berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 500 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

Paluan gendang Cina oleh YB Hilmi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan menandakan gimik perasmian progam. Turut hadir ke program adalah YBrs Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, YBrs. Dato’ Sr Hj Zamri Bin Haji Ismail, Pengarah Pusat Khidmat DUN Kota Lama, YBrs. Ir Norshakiman Bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kota Lama, Ahli-ahli Majlis MPKB-BRI serta barisan Pegawai-pegawai kanan, dan kakitangan MPKB-BRI.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan sepanjang program seperti pertandingan bola tampar, penalti gol kecil, pertandingan menembak, bola jaring, pertandingan gubahan, pertandingan mewarna kanak-kanak, dan pelbagai lagi acara riadah dan kekeluargaan.

Turut memeriahkan program ialah pameran daripada agensi-agensi kerajaan serta demonstrasi kebakaran oleh Pihak Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Selain itu, aktiviti utama gotong-royong membersihkan kawasan dan penanaman pokok juga dijalankan bagi memperindah persekitaran Kampung Kubur Kuda serta menyemai semangat cintakan alam sekitar. Program ini bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama masyarakat setempat, malah menyokong usaha ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan lestari.

Pihak MPKB-BRI sebagai urusetia program mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Program Gotong-Royong Bersih dan Indah ini termasuk agensi kerajaan, ahli JKP, penduduk setempat serta para sukarelawan. Komitmen dan semangat kebersamaan yang ditunjukkan menjadi bukti kukuh bahawa usaha menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

LA211

LA212

LA214

LA213

LA218

LA215

LA216

LA217

  • Hits: 29