KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSOLVENSI KE PEJABAT YDP MPKB-BRI
25 Jun 2025 (Khamis) – YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Mohamed, Yang Dipertua MPKB-BRI telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kelantan yang diketuai oleh YBrs. Mohd Izuddin Bin Mohd Shukri, Pengarah Insolvensi Negeri Kelantan.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan isu berkaitan kemudahan parkir untuk kakitangan Jabatan Insolvensi yang bertugas di kawasan pentadbiran MPKB-BRI. Pertemuan ini turut membuka ruang kepada perbincangan lebih meluas berkaitan kebajikan penjawat awam serta kerjasama antara jabatan.
Dalam pertemuan tersebut, pihak MPKB-BRI turut mengambil kesempatan untuk menawarkan Jabatan Insolvensi Malaysia Negeri Kelantan untuk menyertai pameran sempena program-program anjuran MPKB-BRI yang akan datang sebagai salah satu usaha memperluaskan jaringan promosi dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.
Pihak MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan yang dizahirkan dan berharap agar jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi ini dapat diteruskan demi kebaikan bersama serta kesejahteraan masyarakat di Kota Bharu.
#MPKBBRI
#JabatanInsolvensi
#KunjunganHormat
#KerjasamaStrategik
#bandarrayaislam
- Hits: 13