LAWATAN YDP MPKB-BRI KE KALA SENTRAL & TAPAK PROJEK LANDSKAP NEGARA
01 Julai 2025, Selasa - YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Mohamed, Yang Dipertua MPKB-BRI bersama YBrs Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha serta pegawai-pegawai MPKB-BRI telah mengadakan lawatan ke Kala Sentral di Bazar Tengku Anis bagi meninjau usaha menaik taraf kawasan ini sebagai salah satu lokasi pelancongan utama di Bandar Kota Bharu. Lawatan ini bertujuan meninjau kemudahan serta memastikan keselesaan pengunjung ke lokasi tumpuan pelancong ini.
Turut diadakan, lawatan ke tapak Projek Landskap Negara di sekitar Bandar Kota Bharu yang dijangka siap pada tahun 2027. Projek ini diharap dapat memperindah lagi wajah bandar dan meningkatkan tarikan pelancongan selari dengan aspirasi menjadikan Kota Bharu sebagai bandar raya yang bersih, hijau dan sejahtera.
Pihak MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan ini. Semoga lawatan ini dapat memperkukuh usaha meningkatkan kemudahan pelancongan dan memperindah landskap Bandar Kota Bharu selaras dengan matlamat menjadikan Kota Bharu sebagai bandar raya Islam yang bersih, indah dan sejahtera.
- Hits: 1118