PROGRAM SALOR BERSIH DAN CERIA LOCAL AGENDA 21 JKP SALOR TAHUN 2025
28 jun 2025, Sabtu - Program Salor Bersih dan Ceria Lokal Agenda (LA21) MPKB-BRI JKP Salor dengan kerjasama KRT Wakaf Sena diadakan dengan penuh meriah sebagai usaha meningkatkan kebersihan dan keceriaan di kawasan Salor selaras dengan inisiatif Local Agenda 21. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Saizol Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor. Turut hadir ke program adalah YBrs Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, YBrs Mohamad Nuri @ Nuri Bin Mat Yaacob , Pengerusi Jawatankuasa Penduduk (JKP) Salor, dan Pengerusi KRT Wakaf Sena, Ahli-ahli Majlis MPKB-BRI serta pegawai, dan kakitangan MPKB-BRI.
Pelbagai sukan rakyat turut diadakan sepanjang program seperti boling padang dan tarik tali yang berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat.
Turut memeriahkan program ialah pameran daripada agensi-agensi kerajaan serta demonstrasi kebakaran oleh Pihak Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, yang mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Antara pengisian program adalah termasuk gimik penanaman pokok oleh YB Saizol Ismail bersama penduduk JKP Salor sebagai simbolik komitmen terhadap kelestarian alam sekitar dan keharmonian komuniti.
Program ini bukan sahaja memperkukuhkan semangat kerjasama antara pemimpin dan komuniti, malah menjadi langkah penting ke arah pemeliharaan alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan pada masa hadapan. Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan program Salor Bersih dan Ceria.
- Hits: 31