Accessibility Tools

Skip to main content

KURSUS PEMANTAPAN AHLI MAJLIS MPKB-BRI TAHUN 2025

Majlis Perbandaran Kota Bharu–Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Ahli Majlis bagi tahun 2025 yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 9 hingga 11 Julai 2025 bertempat di i-KPKT, Bukit Tinggi, Pahang.

Kursus ini disertai oleh YABrs. Tuan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha, semua Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah MPKB-BRI.

Objektif utama untuk memperkasakan pengetahuan dan kefahaman Ahli Majlis dan pegawai MPKB-BRI dalam pelbagai aspek penting berkaitan tadbir urus Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Antara objektif lain, kursus ini telah memberikan pendedahan kepada peranan dan tanggungjawab Ahli Majlis sebagai perantaraan dan penghubung antara PBT dan masyarakat bertujuan untuk memastikan mereka membawa suara warga Kota Bharu, menyumbang pandangan dan pembentukan dasar, serta membantu meningkatkan kesejahteraan komuniti serta kelestarian bandar bagi meningkatkan kefahaman terhadap prosedur, peraturan, dan kaedah penguatkuasaan undang-undang kecil serta garis panduan PBT.

Ahli Majlis juga menjadi tulang belakang kepada MPKB-BRI dengan menyokong pelaksanaan penguatkuasaan secara adil, tegas dan berintegriti demi memastikan pematuhan undang-undang oleh masyarakat setempat.

Selain itu juga memberikan pendedahan mengenai struktur belanjawan, aliran perbelanjaan serta pengurusan kewangan PBT yang cekap dan berkesan, bagi membolehkan Ahli Majlis memahami proses pembuatan keputusan kewangan dan memastikan penggunaan peruntukan awam secara optimum demi manfaat warga Kota Bharu. Berbekalkan pengetahuan berkenaan strategi dan pendekatan dalam meningkatkan hasil PBT secara sah dan lestari, termasuk melalui penambahbaikan sistem kutipan, penggunaan teknologi, serta penciptaan sumber pendapatan baharu tanpa membebankan rakyat. Menanam nilai-nilai pematuhan terhadap prinsip etika seperti ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti dalam setiap tindakan dan keputusan Ahli Majlis, bagi memelihara kepercayaan awam serta mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

Kursus ini diharapkan menjadi satu landasan kukuh untuk mempertingkatkan kecekapan, integriti dan profesionalisme barisan ahli majlis dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Dengan pendedahan kepada aspek-aspek kritikal dalam tadbir urus PBT, para peserta akan lebih bersedia menghadapi cabaran semasa dan mampu menjadi pemangkin transformasi perkhidmatan MPKB-BRI ke arah yang lebih cekap, telus dan berpaksikan kepentingan warga Kota Bharu.

PEMANTAPAN

PEMANTAPAN1

PEMANTAPAN2

PEMANTAPAN3

PEMANTAPAN5

PEMANTAPAN4

  • Hits: 15