Accessibility Tools

Skip to main content

YANG DIPERTUA MPKB-BRI MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR GOLOK, THAILAND

15 Julai 2025, Selasa - YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Mohamad, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Supeeyan Daemokleng, Datuk Bandar Golok yang baharu bersama rombongan.

Kunjungan ini bertujuan untuk mengadakan sesi suai kenal dan membina hubungan baik antara kedua-dua pihak pentadbiran bandar sempadan.

Dalam pertemuan mesra ini, pihak Datuk Bandar Golok turut menyatakan hasrat untuk mengadakan program sukan muhibbah bersama MPKB-BRI sebagai platform memperkukuh ukhuwah dan kerjasama serantau dalam suasana santai dan harmoni. Perbincangan juga menyentuh potensi kerjasama dalam pelbagai aspek seperti pelancongan, kebersihan bandar, pertukaran budaya dan hubungan komuniti.

MPKB-BRI menyambut baik inisiatif ini dan berharap hubungan yang terjalin akan memberi manfaat kepada pembangunan bersama serta mengeratkan lagi persahabatan dua negara jiran.

Pihak MPKB-BRI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian pihak Datuk Bandar Golok dan delegasi untuk berkunjung, serta berharap jalinan ukhuwah ini akan terus diperkasa melalui pelbagai inisiatif bersama di masa hadapan. Semoga hubungan baik antara MPKB-BRI dan Bandar Golok menjadi contoh kerjasama serantau yang harmoni dan saling menguntungkan, demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak.

THAI1

THAI2

THAI3

THAI4

  • Hits: 100