MPKB-BRI BERBESAR HATI MENERIMA KEHADIRAN YANG BERHORMAT TUAN NGA KOR MING, MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SEMPENA PROGRAM SENTUHAN KASIH KPKT 3.0
18 Julai 2025, Jumaat - Majlis Perbandaran Kota Bharu–Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) berbesar hati menerima kehadiran Yang Berhormat Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sempena Program Sentuhan Kasih KPKT 3.0 yang berlangsung di sekitar Kota Bharu. Turut hadir memeriahkan program adalah YB Hilmi Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee Bin Mohamed, Yang Dipertua MPKB-BRI, Ahli - ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan, Negeri serta pegawai MPKB-BRI.
Program dimulakan dengan sesi lawatan YB Menteri ke Pasar Siti Khadijah bagi meninjau projek menaiktaraf Pasar Siti Khadijah dan kemudahan Tandas Sejahtera untuk kegunaan dan keselesaan peniaga dan pengunjung. YB Menteri meneruskan lagi lawatan ke projek MyKiosk yang terletak di hadapan Pasar Raya Pantai Timur, Kota Bharu yang merupakan satu inisiatif keusahawanan mikro di bawah KPKT bertujuan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi peniaga kecil dan usahawan tempatan.
Seterusnya, YB Menteri bertolak ke Kampung Penambang bagi menyempurnakan penyampaian penyerahan Mock Up Key Inisiatif kepada para penerima
14 buah rumah di bawah Program Bina Baru Rumah (PBBR), 10 unit kediaman di bawah projek Residensi Tok Bali, 7 buah rumah di bawah Program Rumah Mesra Rakyat. YB Menteri turut menyampaikan Mockup Cheque peruntukan keseluruhan KPKT kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi Tahun 2025.
Program Sentuhan Kasih KPKT 3.0 ini bukan sahaja menyerlahkan komitmen KPKT dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat melalui projek perumahan dan infrastruktur, malah turut memperkukuh hubungan antara kerajaan Persekutuan, Negeri dan Phak Berkuasa Tempatan. Semoga segala inisiatif yang dilaksanakan terus memberi manfaat dan membina kehidupan yang lebih baik untuk rakyat.
Majlis Perbandaran Kota Bharu–Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada khususnya kepada YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan atas kesudian hadir menjayakan program ini di Kota Bharu. Komitmen dan keprihatinan berterusan ini dalam menyantuni rakyat serta menyokong pembangunan perumahan dan infrastruktur tempatan amatlah dihargai dan terus diperkukuhkan sejajar dengan kemajuan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam.
- Hits: 67