Accessibility Tools

Skip to main content

PROGRAM PENDIDIKAN DAN PEMERKASAAN KOMUNITI STRATA, MPKB-BRI, TAHUN 2025

28 Julai 2025, Isnin - Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengadakan Program Pendidikan Dan Pemerkasaan Komuniti Strata Tahun 2025 bertempat di Ibis Styles Hotel, Kota Bharu.

Program ini melibatkan wakil Badan Pengurusan Bersama (JMB), wakil Perbadanan Pengurusan (MC), wakil Pemaju, serta pegawai-pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah yg terlibat secara langsung dengan pengurusan bangunan berstrata di bawah Akta 757.

Taklimat disampaikan oleh 2 orang Penceramah Jemputan dari Bahagian Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu YBrs. Encik Kama Azizi bin Kamarulzaman, Penolong Akauntan Kanan Gred W6 dan YBrs. Encik Mohd Jahari Bin Jaafar, Penolong Jurutera, Gred JA5.

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan mengenai tanggungjawab, peranan pemaju, Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan berkaitan pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata. Program ini juga dapat memperkasa komunita strata dengan kemahiran kepimpinan, pengurusan dan komunikasi yang efektif di samping dapat mengeratkan hubungan di antara Pihak Pesuruhjaya Bangunan di Pihak Berkuasa Tempatan dengan pihak yang terlibat secara langsung dengan pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata.

JMB1

JMB2

JMB3

JMB4

JMB5

JMB6

  • Hits: 67