Accessibility Tools

Skip to main content

PERTANDINGAN DIKIR BARAT ANTARA ZON JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) MPKB-BRI 2025

06 Ogos 2025, Rabu - Pertandingan Dikir Barat antara Zon JKP MPKB-BRI 2025 telah berlangsung dengan meriah bertempat di Dataran Bandar Raya Kota Bharu.

Sebanyak 6 Zon Jawatankuasa Penduduk (JKP) MPKB-BRI telah menyertai pertandingan dikir barat ini dan mempersembahkan bakat dan semangat seni warisan budaya Kelantan yang amat membanggakan.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs Tuan Haji Mohamad Bin Othman, Setiausaha MPKB-BRI, Ahli-Ahli Majlis, serta pegawai-pegawai MPKB-BRI dan orang ramai yang memberikan sokongan padu kepada pasukan yang bertanding.

Tahniah diucapkan kepada pasukan Ayoya Kg Lubuk Pukul dari JKP Demit yang telah dinobatkan sebagai Johan dan pasukan Pantai Baru Siulan Kuala (PBSK) dari JKP Kijang selaku Naib Johan dalam Pertandingan Dikir Barat tahun ini!

MPKB-BRI akan terus komited dalam menganjurkan program berbentuk kesenian dan kebudayaan yang mampu menyatu padukan komuniti serta memupuk rasa cinta terhadap warisan tradisional negeri Kelantan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Pertandingan Dikir Barat JKP MPKB-BRI 2025 ini.

DK

DK1

DK2

DK3

DK4

DK5

DK6

DK7

 

  • Hits: 35